Friday, 9 August 2013

menabung cara hilmi..berjimat tapi bukan kedekut ya...



1. Tabung. Nampak cliche dan mudah, tapi tak ramai yang komited untuk menabung pada setiap hari. Cuba menabung sehari sekurang-kurangnya RM1. Setahun dah dapat RM365! :D

2. Kupon. Kupon adalah cara yang terbaik untuk menjimatkan wang dengan membeli barangan harian anda. Ada boleh cetak di flyers atau akhbar.



3. Carpool ( kongsi kenderaan ) semasa pergi bekerja atau keluar bersiar-siar.Berkongsi kereta menjimatkan wang dan minyak, dan ia juga baik untuk alam sekitar.

4. Tutup lampu, kipas dan air apabila tidak digunakan.



5. Membeli-belah di kedai murah/ kedai jimat. Kedai yang murah adalah tempat terbaik untuk membeli pakaian, beg, dan juga perabot dengan harga yang murah. Rajinkan diri anda menyemak harga semasa barangan dan survey harga yang paling murah. Walaupun nampak penjimatan adalah sedikit, tapi kalau dibuat selalu, anda akan nampak hasil penjimatan.

6. Dapatkan rakan sebilik ( jika anda tinggal berseorangan ) . Tidak kira berapa umur anda, jika anda ada rakan sebilik, ia adalah cara yang baik untuk menjimatkan wang yang besar ke atas perbelanjaan anda. Jika anda bimbang tentang berkongsi ruang peribadi anda, pastikan usewa kepada seseorang yang matang dan akan menghormati privasi anda.

7. Elakkan pergi keluar makan di restoran mahal selalu. Ini mungkin sukar untuk dielakkan sama sekali, tetapi telah terbukti berkali-kali bahawa memasak di rumah menjimatkan wang anda dengan sangat ketara dalam jangka panjang.



8. Pinjam buku dari perpustakaan. Mengapa beli buku jika anda boleh meminjam dari perpustakaan tempatan anda secara percuma?

9. Kad mata ganjaran. Kad mata ganjaran percuma biasanya banyak manfaat contohnya seperti kad Starbucks ( beli 10 minuman, dapat 1 percuma ), kad potongan diskaun untuk pakaian, kad Bonuslink dan banyak lagi. ( mata ganjaran boleh ditebus untuk membeli barangan lain seperti tiket konsert, tiket penerbangan, barangan eletronik dan banyak lagi )

10. “Hari Tanpa Berbelanja”. Cuba pilih 1 hari dalam masa sebulan dan cuba habiskan masa tanpa mengeluarkan belanja 1 sen pun.

11. Daftar masuk website kupon atau diskaun seperti Groupon.com dan laman web lain. Ia adalah cara terbaik untuk menjimatkan wang sama ada anda mencari kupon restoran atau pas filem percuma.



12. Belajar untuk mengatakan “tidak” pada barang yang tidak perlu anda beli.

13. Bersenam di taman atau berenang di pantai atau kolam renang. Kekal sihat bermakna anda akan mendapat kurang bil-bil doktor.

14. Beli E-book. Masyarakat zaman sekarang kebanyakkannya tidak boleh berpisah dengan telefon pintar atau iPad. Jadi, bahan bacaan seperti ebook adalah lebih murah berbanding harga buku dikedai. Anda tidak perlu lagi membawa buku tebal kemana-mana. Semua dihujung jari.



15. Membeli belah menggunakan wang tunai atau debit kad.

16. Beli ikut kualiti bukan kuantiti. Sepasang kasut berkualiti boleh bertahan hingga 10 tahun manakala sepasang kasut murah akan lebih mudah rosak dan anda terpaksa mengeluarkan banyak wang untuk membeli kasut baru dan kasut baru lagi… dan kasut baru lagi… :-/

17. Membaiki barang adalah lebih baik berbanding membeli barang yang baru. Sebagai contoh, membeli bateri jam tangan baru adalah jauh lebih murah daripada membeli seutas jam tangan baru.

18. Pesan air masak/ air kosong di restoran. Selalunya restoran akan mengenakan caj yang tinggi untuk secawan Coke atau minuman ringan biasa. Jadi cuba pesan air masak atau air mineral atau air teh herba untuk mengurangkan kos makan diluar.




19. Beli pakaian berwarna neutral. Memakai pakaian hitam, putih, dan kelabu bermakna bahawa anda mix and match tanpa perlu membeli banyak pakaian berbeza. ( Nota : Buat mereka yang suka menonjol dengan aksesori, membeli aksesori lebih murah daripada beli berhelai-helai pakaian baru)

20. Baca beberapa blog kewangan peribadi. Google “blog kewangan peribadi” untuk mencari senarai blogger hebat yang berkongsi pandangan mereka mengenai pelbagai topik kewangan yang berbeza, termasuk tip menyimpan wang!

No comments:

Post a Comment