Wednesday, 28 August 2013

HOT!! pelajar bukan islam belajar di sekolah agama!!


Written By canang on Jumaat, 22 Februari 2013 | 2/22/2013 08:09:00 PTG

 
Batu 11, 31 Jan : Seorang pelajar cina, Lim Jia Piau Edward, 10 tahun dan bersekolah di darjah empat Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRKJ(C) Tanjong Karang yang telah dihantar oleh kedua ibubapanya untuk belajar di Sekolah Rendah Agama (SRA) Seri Desa Tanjong Karang sejak tahun lalu telah mendapat perhatian daripada Pegawai Penyelaras DUN Sungai Burong, Ustaz Mohamad Judi Sarjo.


Yang Dipertua (YDP) PAS Tanjong Karang itu telah turun sendiri ke sekolah berkenaan untuk bertemu sendiri dengan pelajar tersebut yang kini sedang belajar di darjah 2.
Saya rasa jarang, orang bukan beragama Islam, dihantar oleh kedua ibubapanya untuk belajar di SRA untuk mendalami matapelajaran Islam. Saya terharu dengan keberanian ibubapa pelajar tersebut yang berani menghantar anak mereka untuk belajar di sekolah berkenaan, katanya lagi.
Sepanjang saya bertugas sebagai pendidik sebelum bersara lebih setahun yang lalu, belum pernah orang bukan Islam dihantar oleh kedua ibubapanya untuk belajar di sekolah agama. Semoga dengan ini, Allah akan membukakan hidayah kepada kedua ibubapanya untuk memeluk agama Islam satu hari ini, katanya lagi yang juga 
merupakan bekas Guru Besar di SRA Bukit Belimbing dan telah bersara pada tahun 2011.
Saya telah menyemak sendiri bacaan fatihah dan doa-doa yang telah dihafal dan beliau dapat membaca dengan baik sebagaimana pelajar-pelajar beragama Islam yang lain, katanya lagi.
Sewaktu ditemui, bapanya Lim Bun Siang dan ibunya, Gan Huey Teng, yang mempunyai perniagaan sendiri di Tanjong Karang, mengakui memang berhasrat untuk menghantar sendiri anaknya untuk belajar di sekolah agama supaya anaknya itu dapat menguasai Bahasa Arab dan Jawi serta matapelajaran lain dengan baik.


sasuka tu: respek lh..hee

PANAS!! Anwar Ibrahim: Mengapa Saya Bersungguh-sungguh Mahu Merebut Putarajaya?


Wajib Baca Anwar Ibrahim: Mengapa Saya Bersungguh-sungguh Mahu Merebut Putarajaya?

"Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!

Saya mohon agar rakyat Malaysia berte...nang dan dapat meluangkan 10 minit dari masa berharga anda untuk membaca luahan hati saya agar rakyat faham mengapa saya bersungguh-sungguh dan beria sangat ingin merebut Putrajaya.

Jika saya katakan ia bukanlah perjuangan peribadi bagi membela ketidakadilan yang telah berlaku ke atas saya, pastilah ramai yang tidak akan percaya dengannya. Oleh itu, saya mengambil keputusan menulis beberapa fakta agar ia dapat meyakinkan rakyat bahwa saya ikhlas dan jujur memperjuangkan nasib kita semua.

Saya pernah dituduh liwat beberapa tahun lalu dan mahkamah mendapati saya tidak bersalah atau lebih tepat saya tidak melakukan perbuatan terkutuk itu sebagaimana yang didakwa oleh musuh-musuh politik saya. Tidak cukup dengan itu, saya kemudiannya diheret semula ke mahkamah dengan tuduhan lain pula. Kali ini mereka mendakwa saya telah melakukan kesalahan ‘menyalahgunakan kuasa’. Saya akui saya tersilap mempercayai anggota polis yang sering mengiringi saya ketika itu.

Saya telah meminta beliau menyiasat siapakah penulis buku ’50 dalil mengapa Anwar tidak boleh jadi PM’. Hanya itulah kesalahan yang mereka takrifkan sebagai ‘menyalahgunakan kuasa’ yang akhirnya menyebabkan saya terpaksa meringkuk selama 6 tahun dalam penjara. Bolehkah anda bayangkan perasaan saya dan keluarga ketika itu?

Sebaik keluar dari penjara, setelah 6 tahun menghabiskan sisa-sisa hidup dengan pelbagai amalan keagamaan di dalam sana, saya amat bersyukur akhirnya Tun Mahathir mengaku dalam satu sidang video bahwa beliau memang sengaja mengada-adakan kesalahan saya bagi memastikan kerjaya politik saya berkubur dalam penjara Sg.Buloh. Ramai rakyat yang telah tahu dan pernah menonton video pengakuan Tun Mahathir ini. Anda juga boleh melihat pengakuan Tun Mahathir di link youtube ini: http://www.youtube.com/watch?v=aPKrsCqznS0

Apabila satu persatu tembelang BN terbongkar, mereka mulai berasa kurang selesa serta risau dan mereka mula mengatur sebuah lagi fitnah bagi ‘menyibukkan’ saya dengan sesuatu yang tidak pernah saya lakukan. Tiba-tiba seorang pemuda mengaku diliwat oleh saya sehari selepas beliau bertemu Dato Seri Mohd Najib di pejabatnya. Saya yang berada 6 tahun dalam penjara seolah tidak pernah belajar bahwa ‘kebebasan’ itu adalah nikmat yang harus saya syukuri. Saya sekali lagi terpaksa berhadapan dengan kemelut yang amat memalukan saya dan keluarga.

Saya ingin bertanya, selama 6 tahun dalam penjara, berapa ramaikah banduan yang telah saya liwat? Mengapa perlu tunggu keluar penjara untuk melakukan perbuatan terkutuk itu? Saya sebenarnya tiada ruang untuk menjelaskan kebenaran ini. Saya dinafikan keadilan. Saya juga turut dinafikan hak bersuara di semua akhbar, stesen TV dan Radio milik BN. Saya tiada tempat yang dapat menjelaskannya secara meluas kepada rakyat jelata. Dimanakah dapat saya kemukakan bukti bahwa saya sungguh tidak pernah melakukan perbuatan terkutuk itu? Mereka suruh saya buktikan di mahkamah, sedang merekalah yang sebenarnya menguasai mahkamah. Ya benar! Mahkamah kita masih belum bebas. Ia masih terus dikuasai sepenuhnya oleh ‘orang’ yang berkuasa.

Saya menolak untuk bersumpah kerana bukan saya yang sepatutnya bersumpah, tetapi orang yang mendakwa diliwatlah yang sepatutnya bersumpah laknat. Dia telah pun bersumpah dan biarlah Tuhan sahaja yang melaksanakan laknat-Nya ke atas mereka yang bersumpah bohong. Itu bukan lagi dalam kekuasaan saya. LA HAWLA WALA QUWATAILLAH BILLAH. Jangan lupa, beberapa individu yang terbabit memfitnah saya dahulu ada yang telah mati dengan tragis dan ada pula yang masih hidup tetapi mengalami sakit yang aneh. Dan berhubung DNA pula, saya enggan diambil sekali lagi sample DNA kerana mereka telah punyai DNA saya dalam pertuduhan kes liwat yang pertama dahulu. Saya bimbang seandainya mereka mempunyai muslihat jahat terhadap sample DNA terbaru itu nanti. Saya harus lebih berhati-hati.

Andaikata benarlah saya ini ‘kaki liwat’ sebagaimana fitnah mereka, bukankah molek jika ianya saya lakukan di luar Negara. Saya mengajar di sebuah Universiti di Amerika Syarikat, it’s a free country, jika benarlah saya ini kebulur sangat meliwat seseorang, saya boleh melakukannya dengan sesiapa sahaja yang saya ingini di sana. Mengapa harus saya lakukan perbuatan jahat itu di Negara sendiri, di Negara yang mana saya berpolitik, berkeluarga dan mempunyai ribuan kenalan dan sahabat handai. Ia tidak masuk akal dan tidak munasabah. Ia satu fitnah jahat yang amat berat buat saya dan keluarga.

Justeru itu saya berazam untuk menyelamatkan Malaysia dari kejahatan orang-orang yang jahat dan tidak berperikemanusian itu. Saya rela mati kerana rakyat Malaysia. Hanya dengan menguasai Putrajaya sahajalah segala tipu muslihat mereka dapat kita bongkar kepada umum. Masa itu, anda nilailah sendiri dan saya akan memaafkan anda yang turut menuduh dan memfitnah saya ketika ini kerana saya mengandaikan bahwa anda ‘jahil’ atau ‘tidak tahu’ ketika itu. Saya akan biarkan anda semua berkesempatan bertaubat kepada Allah atas dosa dari kesalahan memfitnah saya, yang disifatkan Allah dan Rasul-Nya sebagai lebih buruk daripada membunuh satu jiwa mukmin.

Berhubung pemilikan harta, setakat ini belum ada bukti bahwa saya memiliki harta atau wang yang luar biasa banyaknya samada dalam mahupun di luar negara. 9 tahun lamanya sebagai Menteri Kewangan Malaysia serta Timbalan Perdana Menteri Malaysia, ramai dari kalangan pemimpin BN yang berpendapat adalah amat bodoh saya tidak menggunakan kesempatan untuk 'membaham' khazanah negara ketika itu. Memang benar ketika itu saya boleh sahaja melakukannya jika mahu, ia adalah dalam bidang kuasa saya sebagai Menteri Kewangan Malaysia, namun hukum Allah dan syariat Islamlah yang telah membendung saya dari melakukan perbuatan khianat seperti itu kepada rakyat Malaysia.

Kami, pemimpin Pakatan Rakyat berjuang dengan menggunakan hasil pendapatan masing-masing dan dari kemelut 'kekurangan dana' ini, akhirnya membawa kepada keluarnya beberapa pemimpin yang 'kononnya' ingin berjuang bersama tetapi rupanya mempunyai hasrat 'berbeza'. Pemimpin Pakatan Rakyat yang bercita-cita jahat untuk meratah khazanah kekayaan negara awal-awal lagi telah 'disingkir' oleh Allah Swt melalui ujian-ujian-Nya. Antara mereka adalah Ezam Nor dan Zulkifli Nordin, sekadar menyebut beberapa nama dari mereka. Syukur Alhamdulillah!

Baiklah, setakat itu sahaja yang dapat saya perjelaskan tentang apa yang telah berlaku kepada saya selama ini. Saya ingin bertanya, apakah anda sebagai rakyat Malaysia sanggup membiarkan orang yang paling bermotif membunuh, menjadi PM? Jika anda sangsi dengan dakwaan saya bahwa mereka, pemimpin-pemimpin BN terpaksa bersekongkol dengan perancang utama satu plot pembunuhan hanya kerana ‘survival’ politik mereka, cuba anda perhatikan fakta-fakta dan bukti-bukti di bawah ini:-

PEMBUNUHAN ALTANTUYA - WAJARKAH RAKYAT MENUTUP KES INI?
Firman Allah surah An Nisaa' (105): Sesungguhnya Kami telah menurunkan kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu, dan janganlah kamu menjadi penentang (orang-orang yang tidak bersalah), kerana membela orang-orang yang khianat (lagi berdusta),

Fakta Individu-individu yang terbabit secara langsung @ tidak dalam kes Pembunuhan Altantuya:

Altantuya Sharibuu @ Aminah bt. Abdullah adalah penterjemah Bahasa Perancis bagi urusan pembelian kapal selam oleh Kementerian Pertahanan Malaysia melalui 'Perimekar' milik Penganalisis Strategi Ketenteraan Malaysia yang juga merupakan teman baik Dato Seri Mohd Najib.

Dato Seri Mohd Najib - Menteri Pertahanan Malaysia / Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Abdul Razak Baginda - Penganalisis Pertahanan kepada Kementerian Pertahanan Malaysia / pemilik 'Perimekar'.

Ketua Inspektor Hazilah Hadri - (UTK) yang berkhidmat sebagai 'body guard' di pejabat Dato Seri Mohd Najib.

Koperal Sirul Azhar Umar - (UTK) juga berkhidmat sebagai 'body guard' di pejabat Dato Seri Mohd Najib.

Aziz Buyong - Kolonel Tentera / Pakar bom C4.

Abdullah Ahmad Badawi - Perdana Menteri Malaysia / Menerima Kertas Siasatan dari Penyiasat Polis Tentera Malaysia (MP).

Khairy Jamaludin - Menantu Perdana Menteri Malaysia / Menyimpan Kertas Siasatan berkenaan bagi tujuan survival politiknya setelah ketiadaan Pak Lah nanti.

Rosmah Mansor - Isteri Dato Seri Mohd Najib / Berada di tempat mayat diletupkan dengan C4.

Norhayati - Isteri Kolonel Aziz Buyong / Pembantu Khas Rosmah yang turut berada di tempat kejadian letupan bom C4.

Fakta-Fakta lain dalam kes Pembunuhan Kejam Altantuya:
Bom C4 milik Angkatan Tentera Malaysia.

Dua anggota UTK - Suspek utama pembunuhan adalah body guard di pejabat Dato Seri Mohd Najib.

Rekod Imigresen kemasukan Altantuya dan sepupunya ke Malaysia di'lenyap'kan oleh seseorang dari Jabatan Imigresen Malaysia dengan arahan orang-orang tertentu bagi menutup konspirasi ini.

Zahid Hamidi ketika mengambilalih tugas Menteri Pertahanan Malaysia akhirnya terpaksa membuat kenyataan 'konon'nya Angkatan Tentera Malaysia tidak memiliki Bom jenis C4 dan itu adalah amat bercanggah dengan kenyataan sepanjang kes perbicaraan Pembunuhan Altantuya di mahkamah. Atas arahan siapakah beliau 'berbohong' dan untuk survival siapa?

Keterangan-keterangan ringkas dan jelas:

Ketua Inspektor Hazilah dan Koperal Sirul Azhar dari Unit Tindakan Khas, yang juga merupakan ‘body guard’ Dato Seri Mohd Najib tidak pernah mengenali Altantuya sebelum kejadian 'bunuh' itu dan tidak langsung mempunyai 'motif' untuk membunuh model berkenaan tetapi mereka berdua mungkin telah diarah oleh sesorang 'yang berkuasa' untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan dalam konspirasi pembunuhan ini. Mereka berdua akhirnya didapati bersalah oleh mahkamah kerana membunuh dengan niat dan dijatuhi hukuman mati oleh hakim mahkamah. Mereka ini jelas telah 'dikambing hitamkan' oleh pihak tertentu dalam usaha menutupi pekung 'pengarah sebenar konspirasi' pembunuhan Altantuya.

Abdul Razak Baginda memang mempunyai motif untuk membunuh Altantuya kerana beliau dilaporkan 'kononnya' adalah pasangan kekasih kepada model ini dan kedatangan Altantuya dengan sepupunya Burmaa Oyunchimeg adalah 'kononnya' untuk mengambil komisyen berjumlah US500 ribu yang dijanjikan kepadanya seandainya pembelian kapal selam itu terlaksana. Adalah difahamkan bahwa Syarikat milik Abdul Razak Baginda 'Perimekar' menerima komisyen jualan sebanyak RM4.7 billion dari kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pertahanan Malaysia, hasil dari kejayaan dalam urusan pembelian 3 buah kapal selam dari Perancis untuk kegunaan Tentera Laut Malaysia.

Anehnya Abdul Razak Baginda kemudiannya didapati tidak bersalah dan dia dibebaskan sepenuhnya dari pertuduhan membunuh kerana dilihat tiada mempunyai kuasa untuk 'mengarah' suspek utama kes, yakni Ketua Inspektor Hazilah dan Koperal Sirul Azhar dari UTK untuk melakukan pembunuhan mangsa (Altantuya). Jadi siapakah yang mempunyai kuasa ketika itu? Jika diamati serta diperhalusi, 'orang yang tak berapa nak cerdik' pun boleh menilai fakta ini dengan baik. Cuba lihat rantaian fakta ini bagi mengaitkan siapa jua yang bermain di minda anda sebagai 'suspek sebenar' yang bertindak sebagai 'pengarah operasi' permbersihan nama baik seorang PEMBESAR dalam kes pembunuhan ini.

Siapakah PALING BERMOTIF untuk membunuh Altantuya selain Abdul Razak Baginda? Dan fakta yang paling penting untuk kita perhalusi adalah siapakah yang berkuasa atau mempunyai kuasa untuk mengarah dua orang UTK (Pengawal peribadi Dato Seri Mohd Najib - Hazilah dan Sirul) serta Pakar Bom C4 tentera (Kolonel Aziz Buyong)? Siapakah pula yang berkemungkinan mempunyai pengaruh dalam 'melenyapkan' rekod kemasukan Altantuya ke Malaysia? Sudah tentulah ia melibatkan sesuatu yang AMAT BESAR sehingga perlu dihapuskan wanita 'berbahaya' ini. Siapakah pengarah sebenar dalam konspirasi pembunuhan ini? Apakah motif sebenar nya? Apa jua jawapan yang bermain di'minda fikiran' anda, simpan dahulu untuk telahan fakta berikutnya.

Dato Seri Mohd Najib kemudiannya bersumpah bahwa beliau tidak pernah mengenali dan tiada kaitan samada secara langsung atau tidak dengan Altantuya. Sedangkan umum akhirnya mengetahui bahwa Altantuya rupanya adalah 'Perterjemah Bahasa Perancis' yang diguna pakai ketika berlangsungnya urusan pembelian kapal selam berkenaan. Ini menyebabkan Dato Seri Mohd Najib 'terpaksa' juga mengenalinya walaupun dia ingin sangat agar rakyat tahu 'konon'nya dia tidak pernah mengenali Altantuya. Fakta ini bukan omong kosong. Ia turut dinyatakan di mahkamah dalam sebutan kes yang berlangsung di Paris, Perancis berhubung penipuan yang berlaku dalam skandal penjualan dan pembelian kapal selam itu.

Menambah buruk persepsi itu adalah apabila sepupu Altantuya, Burmaa Oyunchimeg mengemukakan bukti bergambar di mahkamah ketika diminta memberi keterangan. Bukti itu adalah gambar Abdul Razak Baginda, Dato Seri Najib dan Altantuya sedang menjamu selera di sebuah restoran eksklusif. Ya lah! Takan hanya kerana keluar makan bersama sahaja terus hendak dikaitkan beliau sebagai pembunuh, itu tidak adil dan zalim namanya. Cuma yang jelas di sini adalah Dato Seri Mohd Najib telah bersumpah 'bohong'. Dia sebenarnya memang mengenali Altantuya. Kenapa ia seakan hendak di’sembunyi’kan dari rakyat Malaysia? Pasti ada sebab BESAR disebalik semua itu.

Baiklah, sekarang amati pula dari sudut berbeza, Abdul Razak Baginda hanya perlu melunaskan US500 ribu atau hanya kira-kira RM1.6 Juta sahaja berupa komisyen kepada Altantuya. Dan jika mengambil kira jumlah komisyen yang dimilikinya iaitu RM4.7 billion (Ringgit Malaysia Empat Ribu Tujuh Ratus Juta), jumlah RM1.5 juta itu amatlah kecil dan boleh dilunaskannya pada bila-bila masa sahaja. Sekali lagi, Abdul Razak Baginda dilihat tiada sebab atau motif kukuh untuk membunuh 'kekasih gelap'nya itu (Altantuya), dan lebih meyakinkan adalah beliau juga dilaporkan tidak berupaya atau tidak mempunyai kuasa bagi mengarah suspek-suspek yang terdiri dari Ketua Inspektor Hazilah, Koperal Sirul dan Kolonel Aziz untuk melaksanakan tugas-tugas 'pembersihan' itu.

C4 adalah bom milik Angkatan Tentera Malaysia, dan harus diingat Dato Seri Mohd Najib Razak adalah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Malaysia yang berkuasa penuh terhadap apa jua aktiviti Angkatan Tentera Malaysia. Dari semua fakta ringkas di atas, anda pasti sudah boleh mengagak serta mengetahui siapakah KETUA sebenar dalam 'KONSPIRASI PEMBUNUHAN KEJAM' ini. Demi survival politik dan survival parti, 'orang yang zalim' ini terpaksa dilindungi oleh orang-orang besar parti yang lainnya.

Apakah anda mengandaikan semua barisan kepimpinan BN itu 'bodoh', 'buta' dan tidak mengetahui tentang hal sebenar ini? Tidak, mereka semua bukanlah orang-orang yang bodoh, malah mereka bijak berpolitik dan tahu apa sebenarnya yang sedang berlaku. Jika begitu, jika benar mereka semua tahu, mengapa pula mereka beria-ia menyembunyikan fakta sebenar dan sekaligus mempertahankan 'orang yang zalim' ini?

Nyatanya, semua ketumbukan kepimpinan BN sebenarnya amat sedar dan tahu akan kebenaran ini, namun mereka jauh menyedari serta tahu bahwa menyelamatkan 'orang zalim ini' adalah sama seperti menyelamatkan kedudukan mereka sendiri. Mereka sedar seandainya jatuh 'orang yang zalim' ini, maka hancur berkecailah keseluruhan empayar yang telah mereka bina selama ini. Justeru itu, mereka tiada pilihan lain kecuali berusaha mempertahankan juga 'orang yang zalim' ini sekalipun terpaksa 'membohongi' rakyat jelata. Tidak mungkin mereka mahu melihat Pakatan Rakyat menguasai PUTRAJAYA hanya kerana kesilapan yang dilakukan oleh 'orang yang zalim' ini.

Mereka 'terpaksa' jua mengangkat 'orang yang zalim' ini sebagai pemimpin mereka, walaupun hati mereka jelas menolaknya. Sayang sekali mereka semua terlupa pada Tuhan. Mereka terlupa bahwa Tuhan Maha Mengetahui apa sahaja yang mereka nyatakan atau sembunyikan dalam hati mereka. Mereka lupa bahwa mereka kelak akan tetap didatangi oleh Malaikat Maut. Mereka berusaha dan cuba untuk melupakan semua kemelut itu demi kehidupan dunia yang fana ini. Ada di antara mereka yang telah menerima 'hukum' Allah yakni mati, namun yang masih hidup terus leka dan lalai dengan segala macam imbuhan duniawi yang diterima mereka dari 'orang yang zalim' itu.

Kehidupan dunia ini adalah segalanya bagi mereka-mereka ini. Mereka tahu ada akhirat menanti tetapi mereka berasa 'yakin' kononnya mereka berada di pihak yang benar dan akan 'terselamat' dari api neraka. Mereka bersangka baik terhadap harapan palsu yang dijanjikan syaitan buat mereka dan penyokong-penyokong mereka. Sedang mereka dan penyokong mereka bersekongkol dengan 'orang yang zalim' itu, Allah juga mempunyai rancangan-Nya. Dan sudah tentulah perancangan Allah jauh lebih baik dari ciptaan-Nya.

Apa boleh buat saudara, kita terpaksa menunggu sehingga ke hari pembalasan, yakni akhirat, bagi melunaskan semua yang kita persangkakan. Takan kita semua mahu turut serta bersama mereka dalam menyokong 'orang yang zalim' itu. Mereka sendiri pun sebenarnya 'terpaksa' menyokongnya demi survival politik sempit mereka. Ayuh rakyat Malaysia, berfikir dan bertindaklah dalam Pilihanraya Umum nanti. Mari kita tegakkan kebenaran dan keadilan buat semua. Kita tunjukkan bahwa rakyatlah yang paling berkuasa, dan bukan mereka para pemimpin yang jahat itu.

Important link to the case: http://en.wikipedia.org/wiki/Murder_of_Shaariibuugiin_Altantuyaa

Harus diberi perhatian serius bahwa Allah dan Rasul-Nya telah acap kali mengingatkan dan memberi amaran kepada kita agar berwaspada terhadap suatu zaman di mana pemimpin yang dusta itulah yang akan 'dipercayai' dan diberi kuasa. Ia sedang berlaku sekarang dan kita 'yang diberi hidayah Allah' mudah membezakan antara penyokong yang melakukan kebaikan (amal makruf) dengan mereka yang melakukan kebathilan (Mungkar)

Firman Allah surah Al Maa-idah (51): Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani (yakni orang yang suka berdusta) sebagai pemimpin-pemimpin (mu), sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa di antara kamu mengambil mereka sebagai pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.

Hadis Rasulullah Saw pula menegaskan bahwa: Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung/menyokong) tindakan mereka yang berbuat aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga)”.- Hadis Riwayat Tirmizi, Nasae’i dan Hakim.

Sudah jelas bahwa Allah dan Rasul-Nya melaknati orang-orang yang berdusta dan berbuat aniaya. Malah penyokong-penyokong yang mendukung aspirasi pemimpin-pemimpin jahat itu juga nantinya akan turut sama terpelosok di kancah neraka jahannam. Pasti akan ada kelompok ini yang bertanya: "Bagaimana pula dengan ustaz-ustaz dan ulama UMNO?. Apakah mereka ini turut bernasib malang dan terpaksa menghuni neraka jahannam?".

Jawapan saya 'itu semua, keputusan ke mana mereka akan dikembalikan kelak, kita serah bulat-bulat kepada Allah Azzawajalla sahaja'. Bukan kita yang berhak menentukan ke mana kembalinya mereka nanti. Namun, di sebalik penyerahan tawakal kepada Allah, kita harus faham bahwa Rasulullah Saw diutus bagi menyempurnakan akhlak kita semua. Dalam sirah nabi banyak sekali dipaparkan kisah-kisah bagaimana Rasulullah Saw bukan sahaja bijak dalam ilmu agama, malah Baginda amat arif menilai akhlak orang-orang di sekelilingnya. Baginda mengajar semua khalifah dan umat ketika itu bagaimana dapat mereka mengenali samada orang itu berakhlak terpuji atau sebaliknya. Ini bermakna, mereka para ustaz dan ulama bukan sahaja perlu menilai pemimpin dari sudut agamanya sahaja, akhlak pemimpin itu turut menjadi faktor utama dalam penilaian mereka sebelum seseorang pemimpin itu wajar disokong.


Seharusnya itulah yang menjadi panduan ustaz-ustaz dan Ulama UMNO di dalam menentukan sokongan mereka. Menyokong membabi buta akan menyebabkan mereka terdedah untuk menerima nasib yang sama dengan kelompok ini kelak. Rasulullah Saw telah bersabda dalam banyak hadis yang saya rangkumkan peringatannya, antara lainnya untuk mengenali akhlak seseorang yang baik itu ada beberapa ciri utama:-

1. Pertama lihat suaminya samada dia bersolat fardhu di masjid atau tidak?
2. Kemudian lihat isterinya, apakah dia menutup aurat atau tidak?
3. Kemudian lihat pula anak-anak gadisnya, apakah mereka menutup aurat atau tidak?
4. Lihat bagaimana mereka sekeluarga berbelanja, apakah mereka boros atau tidak?

Walaupun banyak lagi ciri-ciri lain, solat fardhu umpamanya, boleh dilakonkan watak itu dikhalayak ramai oleh seorang munafik kerana kekerapan bersama dilihat menjadi faktor ia mudah dilakonkan. Jadi, memadai melihat 4 ciri di atas yang ditekankan Rasulullah saw, yang saya rasa amat sukar untuk dilakonkan kerana ia memerlukan seseorang itu istiqamah dalam perilakunya itu. Itulah yang harus dinilai terlebih dahulu agar kita dapat menetapkan kaedah menilai individu pemimpin berkenaan seterusnya.

Akhir kata, saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia, marilah kita 'share' amanat ini di kalangan fb'ians' dan teman kita semua di luar sana, samada dengan mencetak dan mengedarkan amanat ini kepada keluarga serta semua sahabat handai atau mencetak dan mengedarkan ia di kampung-kampung, di mana maklumat ter'sekat' oleh pembangunan yang sengaja di'tahan' ke sana oleh pemimpin-pemimpin tertentu.

Jika bukan saya serta pemimpin-pemimpin lain dalam Pakatan Rakyat yang bangkit memperjuangkan nasib kita semua, andalah yang terpaksa bangkit dan berjuang bersama demi kesejahteraan generasi anak-anak kita yang akan datang. Ayuh! Marilah kita semua 'Gegakkan Gempita' kerana semboyan telahpun berbunyi. Setiap dari kita rakyat Malaysia berkewajipan mencanang semboyan ini kepada sekurang-kurangnya ahli keluarga terdekat. Andaikata anda berkuasa melakukan lebih dari itu, saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga.

Berilah peluang kepada Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya pada PRU ke 13 nanti. Saya akan pastikan semua mereka yang boros membelanjakan wang rakyat termasuk Rosmah Mansor yang sanggup membeli sebutir cincin berlian berharga RM24juta di kala rakyatnya ada yang masih hidup dalam kemiskinan dan ahli keluarga kepada Ketua Wanita UMNO Shahrizat Jalil yang tergamak membelanja sampai RM250 juta wang dana Tabung Makanan kita dalam skandal NFC di bawa ke muka pengadilan.

Janganlah 'terpedaya' atau 'diperbodohkan' lagi hanya kerana 'sogokan' wang RM100, RM500 dan beberapa ratus lagi menjelang pilihanraya yang akan di'saji'kan oleh pemimpin-pemimpin BN. Lihat angka yang mereka 'baham'. angka yang diberikan kepada anda amatlah kecil berbanding jumlah yang mereka ambil tanpa restu anda semua. Nasihat saya, anda ambillah wang itu kerana wang itu memang milik rakyat dan bukan milik mereka, kemudian undilah Pakatan Rakyat dalam PRU-13 nanti. Pakatan Rakyat akan pastikan mereka-mereka yang bertanggungjawab atas setiap kesalahan mereka itu menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang telah mereka lakukan kepada negara dan rakyat Malaysia.

Bangkitlah wahai rakyat Malaysia!!!

- Dato' Seri Anwar Ibrahim

waw!! fakta menarik tentang manusia teragung!!

Oleh Hafidah Samat

Nabi Muhammad S.A.W. sememangnya mempunyai budi pekerti yang tinggi dan berhemah. Antara fakta menarik mengenai Nabi utusan Allah S.W.T yang terakhir ini adalah seperti berikut:

i. Baginda mempunyai sifat yang mulia iaitu siddiq (jujur), amanah(boleh dipercayai), fathonah (cerdas) dan tabligh (ikhlas menyampaikan).ii. Baginda digambarkan sebgai seorang yang sangat kacak, cahaya dan seri wajahnya seolah-olah matahari memancar di wajahnya. Abu Hurairah R.A. bersabda, wajah Rasulullah S.A.W. bersinar seolah-olah dibuat daripada perak.

iii. Janggut Rasulullah S.A.W cukup lebat dan raut wajah Baginda menawan dan mempunyai anak mata yang tersangat hitam.

iv. Baginda berjalan sangat laju dan seorang yang sangat bertenaga. Apabila berjalan, baginda seolah-olah menuruni curam atau tempat yang tinggi.



Rasulullah S.A.W. digambarkan di sini berbicara dengan jemaah baginda.

v. Rasulullah S.A.W sering berjalan di belakang sahabat baginda sedangkan baginda adalah ketua mereka.

vi. Keindahan percakapan Rasulullah S.A.W sangat epik, baginda bercakap dengan jelas, lancar supaya pendengar dapat memahami dan mengingati sabdaNya sebaik mungkin. Baginda tidak akan mengulangi kenyataanNya lebih dari tiga kali.

vii. Nabi Muhammad S.A.W. seorang yang pendiam dan baginda bercakap hanya bila perlu.
viii. Baginda merupakan seorang yang sopan dan tidak biadap untuk mengelakkan orang lain tersinggung.

ix. Ketawa Rasulullah S.A.W. adalah senyuman baginda sendiri.

x. Baginda suka berjenaka, namun melarang berlawak yang menyebabkan orang ketawa terbahak-bahak. walaupun dirinya merupakan seorang yang suka berjenaka dan periang.



Masjidil Haram yang merupakan tempat persemadian Rasulullah S.A.W.

xi. Nabi Muhammad S.A.W. dikurniakan sekitar 50 mukjizat. Dari sekian banyak mukjizat itu, Al- Quran merupakan mukjizat Nabi yang paling besar pengaruhnya bagi Islam dan dijadikan pegangan hidup bagi setiap muslim. Tidak ada yang dapat menyamai isi Al- Quran hingga kini (Q.11:13). Mukjizat-mukjizat Nabi yang lain, misalnya: Nabi dapat mengetahui isi hati lawan, tubuhnya menebarkan bau harum, bumi patuh atas perintahnya dan Nabi mampu mengeluarkan susu dari seekor kambing kurus.

sasuka tu: Love Nabi Muhammad forever (LNMF)

TIPS MEMBELI LAPTOP UNTUK GAMING..heee


Assalamualaikum dan salam sejahtera.Entry hari ini aku nak share sedikit tips untuk membeli laptop untuk tujuan gaming.Seperti yang korang tau selalunya gaming ni PC la sesuai.Tapi ada jugak yang sukakan laptop lagi.Dan kemudian bila beli laptop mahal2 tapi tak boleh main game.Rugi kan?Ok ni lah tujuan entry hari ini.

Kalau hendak bermain games di komputer, saya cadangkan anda beli satu desktop PC high end berbanding laptop atas beberapa faktor; antaranya performance yang lebih mantap dan dahsyat serta harga yang jauh lebih murah berbanding laptop.

Namun, ramai juga yang gemarkan untuk bermain games di laptop. Mungkin sebab mudah alih, dan juga tidak memakan ruang yang besar serta tidak memerlukan banyak wayar dan sebagainya.

Namun, kerap kali juga ramai melakukan kesilapan apabila memilih model laptop yang tidak sesuai untuk bermain games. Beli laptop harga RM3000 tapi bila main game mampu set kualiti low or medium sahaja, apakah? Sangat tidak berbaloi bukan? Kalau pandai pilih dan bajet laptop harga RM2000+ pun sudah boleh dibuat bermain games dengan sedap dan mantap.

Beberapa tips daripada saya ini akan menceritakan bagaimana tips memilih laptop untuk kegunaan gaming, semoga dapat membantu anda semua membeli laptop yang sesuai dengan keperluan.


Laptop Gaming Alienware dan Asus ROG




Terdapat model laptop yang memang dibuat untuk kegunaan gaming, antaranya modelAlienware dan juga Asus Republic of Gamers (ROG).

Apa yang membezakan laptop gaming ini dengan laptop model lain ialah dilengkapi specs yang melampau-lampau canggih dan laju; seperti



Mudah overclock dengan satu klik sahaja
Boleh control hardware seperti graphic card, ram, kipas, processor etc pada perisian khas untuk laptop gaming ini
Mempunyai kapasiti ram yang tinggi contohnya sokongan 32gig ram pada laptop Alienware
Mempunyai sistem cooling yang bagus dan mampu mengelakkan overheat biarpun anda melakukan overclock
Keupayaan pemprosesan graphic yang tinggi dan menggunakan graphic card model terkini dan high end. Boleh main mana2 games dengan high quality setting tanpa ada lag dan kecacatan graphic
Dilengkapi processor model terkini contohnya Intel Core i7 Sandy Bridge yang lebih laju dan menjimatkan penggunaan tenaga dan kurang panas
Screen full HD 1920x1080p dan juga sesetengah model menyokong fungsi 3D screen (memerlukan cermin mata khas)

Akan tetapi laptop gaming ini biasanya mempunyai harga yang sangat mahal, dan jarang orang mampu beli. Range harga bagi model laptop gaming ialah RM4500 ke atas dan ada model mencecah sampai RM8000 ke atas juga.

Untuk maklumat mengenai
laptop Dell Alienware : http://www.dell.com/my/p/alienware-desktops
laptop Asus ROG : http://rog.asus.com/



Membeli laptop berdasarkan performance


Ok, kalau anda pergi kedai komputer atau pc depot saya cadangkan anda tengok dulu performance laptop tersebut. Cara paling mudah ialah check pada “WEI” atau Windows Experience Index. Boleh right click pada komputer dan tengok bahagian properties kemudian tengok pada Rating.

Klik pada Windows Experince Index untuk melihat performance sesebuah laptop itu.





Paling penting anda kena tengok pada score processor dan juga gaming graphics. Score paling tinggi ialah 7.7 dan kalau sesebuah laptop tu mempunyai score 6 ke atas ianya boleh dikatakan sudah cukup bagus.
Jika anda ingin tahu secara terperinci boleh click pada “View and print detailed performance and system information”.




Sebenarnya ini score daripada PC saya, mungkin berbeza dengan score pada laptop tapi boleh digunakan sebagai panduan.



Memilih processor yang sesuai untuk gaming





Ada banyak jenis processor contoh intel Core i7, core i5, core i3, amd triple core, amd fusion dan sebagainya. Untuk tahun 2012 ini saya cadangkan beli sekurang-kurangnya core i3 atau core i5 untuk gaming. Kalau mampu bayar mahal sikit beli core i7 terus.
Core i5 dan Core i7 ada model yang mempunyai processor quad-core (4 teras). Kelebihan processor quad-core ialah keupayaan memproses yang sangat laju dan mampu multitasking dengan ringan. Kalau install game 10gig pun boleh siap dalam masa kurang 10 minit. Lagipun, masa main2 game berat boleh minimize maximize dengan cepat tanpa lag.

Cara nak tahu sesebuah processor tu ada quad-core ialah dengan tengok pada WEI seperti saya highlight di atas atau menggunakana device manager.





Pada device manager, expand pada bahagian processor dan tengok jumlah kalau ada 4 tu maknanya processor quad core.



Keperluan RAM untuk gaming

Laptop model baru biasanya menggunakan ram DDR3. Dan bagi saya jumlah minimum ram kena ada untuk laptop gaming ialah 4Gig. Kalau ada kurang daripada 4gig tak nikmat. Dulu komputer saya ram 2gig bila main game rasa kurang smooth sikit. Dah upgrade kepada 4gig baru sedap main games.

Kalau komputer anda beli tu kurang ram daripada 4gig harap boleh upgrade terus kepada 4gig atau lebih.

Kalau dah RAM 4gig ke atas anda haruslah menggunakan Windows 7 64 bit untuk lebih laju.



Graphic Card pada laptop

Pertama sekali, kalau niat anda beli laptop untuk gaming better lupakan terus laptop dengan graphic chipset Intel. Biar macam mana canggih sekalipun Intel promosi graphic chipset mereka namun kalau dikira dari segi performance bagai langit dengan bumi.

Pilih laptop yang mempunyai graphic card AMD/ATi dan NVidia sahaja. Kalau boleh tengok pada model graphic card yang baru2 contohnya AMD 6000 series (6XXX) dan Nvidia GT 5XX series (contohnya Nvidia 540M).

Kalau laptop tu ada Nvidia Optimus lagi bagus; sebab anda boleh switch antara graphic card Nvidia untuk gaming atau chip Intel untuk penjimatan bateri.



Hard Disk

Zaman sekarang dah ada model laptop guna Solid State Drive (SSD) jauh lebih laju dan bagus berbanding hard disk biasa. Tapi harganya masih lagi mahal untuk kapasiti kecil.

Hard Disk tidak banyak effect pada gaming, tapi adalah lebih penting anda menggunakan hard disk laptop berkelajuan 7200rpm berbanding 5400 rpm supaya disk transfer lebih laju.




Beberapa model laptop Gaming yang anda boleh consider

Sila google untuk specs penuh dan gambar :


Acer Aspire 5750G : RM2899 (Core i7, Nvidia 540M)
Acer Aspire 4830TG : RM2499 (Core i5, Nvidia 540M, + 8 jam bateri)
Acer Aspire 4750G : RM2199 (Core i5, Nvidia 520M)
Asus A43SV : RM2899 (Core i7, Nvidai 540M)
Asus N53SV : RM2599 (Core i5, Nvidia 540M, 15.6” screen)
Asus A53SV : RM2399 (Core i5, Nvidia 540M, 14” screen)
Secara jujur, saya lebih prefer Asus tapi model Acer yang 8 jam bateri tu nampak menarik juga.

Sila buat research sekurang-kurangnya 3hari atau seminggu sebelum beli laptop. Jangan pergi kedai baru nak fikir memang keliru la mana satu nak ambil.




Emulator Gaming

Kalau laptop anda ada specs yang power selain main pc games boleh juga main emulator contohnya PS2 dan Gamecube/Wii. Seronok main game2 lama tapi kualiti cantik berbanding main game konsol asal. Kira bonus la sempena ada spec power baik gunakan untuk tujuan gaming habis-habisan.





Harvest Moon Magical Melody : Gamecube





Zelda Twilight Princess (Wii) main pada resolution 1920x1080p




KOF Maximum Impact : PS2


Kalau main emulator di komputer atau laptop biasa mesti lag teruk dan graphic tak menarik. Kalau ada laptop gaming memang puas hati semua games anda boleh cuba.


Macbook Sebagai Laptop Gaming






Mungkin ada yang tanya, (Apple) Macbook Pro boleh main games tak?

Boleh, tapi kena install Windows buat dualboot dengan Mac tapi janganlah harap performance untuk gaming adalah bagus.

Macbook Pro model 13” keluaran 2011 (Sandy Bridge) namum malangnya hanya ada graphic Intel HD. Harga pun dah RM38XX kalau tak silap. Kena beli model 15” ataupun 17” baru ada dedicated graphic card daripada ATI. Tapi yang tu harga dah empat lima ribu ke atas rasanya.

Kesimpulannya, kalau hendak main games, haruslah guna laptop Windows sebab specs lebih bagus dan murah.


Untuk mendapatkan nasihat pakar boleh join group Mister Computer.Korang juga boleh membeli barangan pc,aksessori dan laptop dengan harga yang murah.
Link : Mister Computer Facebook Group

Itu saja untuk entry kali ini.Harap korang dapat manfaat dari tips ni.Semoga berjaya dalam membeli laptop untuk gaming.Assalamualaikum....

Tuesday, 27 August 2013

sasuka tu! Kubu Perang Di Ubah Menjadi Hotel Mewah




Pada tahun 1800-an, Lord Palmerston, Perdana Menteri Britain ketika itu, yang telah membuat pembinaan beberapa kubu laut di Solent untuk melindungi Portsmouth pelabuhan dari serangan Perancis berikutan berita bahawa Napoleon III telah menjadi Maharaja Perancis.

Namun serangan tersebut tidak menjadi kenyataan, namun kubu itu terus diperkayakan dengan senjata dan teratur untuk bahagian yang lebih baik daripada satu abad. Selepas ditamatkan pada 1980-an, kubu tersebut telah dijual kepada pihak swasta. Kini, selepas perlaburan sebanyak £ 3 juta (AS $ 4850000) untuk pengubasuaiannya, salah satu kubu telah berubah menjadi sebuah hotel mewah eksklusif.

Dan 2 lagi kubu laut telah dijadikan "Kuda Sands Fort" muzium, Fort Spitbank telah berubah menjadi sebuah hotel mewah dengan lapan suite.















sasuka tu.. perisai bju terHOT

Kalau wanita ada 'push-up bra' untuk buah dadanya agar kelihatan seksi giler...lelaki pun ada juga baju dalam untuk kelihatan hot...huhu...macam kat bawah ni kot..




sasuka tu: superlike...hee

Sunday, 25 August 2013

masjid yang dahulu gereja...WAW

Sabah negeri salib ataupun pusat gerakan Kristian di Malaysia itulah mungkin jolokan yang paling sesuai bagi negeri di bawah bayu ini. Siapa tidak mengenali Sabah dan tidak boleh dinafikan oleh sesiapa pun bahawa Sabah merupakan lubuk kepada perkembangan Kristian di Malaysia dan di Asia Tenggara. Berdakwah di Sabah merupakan satu pengalaman yang cukup berharga dan pengalaman yang diperolehi di sini tidak akan boleh diperolehi di tempat lain.


Benarlah apa yang selalu diperkatakann oleh guru-guru dari Semenanjung yang pernah berkhidmat di Sabah, ingin menimba pengalaman dan ilmu dakwah datanglah di Sabah, segala-galanya akan ditemui di Sabah. Ingin menjadi seorang pendakwah di bidang ilmu perbandingan agama, ingin berdebat, dan menjadi pendakwah yang nekad datanglah di Sabah segalanya ada disini.




bekas gereja yang kini menjadi masjid




Sekarang saya berada di Sabah, balik bercuti di negeri kelahiran sambil menjalankan kempen dakwah 'jom masuk agama Islam'. Satu program dakwah yang telah lama dirancang dan alhamdulillah dapat juga di lakukan walaupun banyak halangan yang terpaksa di harungi.Halangan kewangan, tenaga dan masa cukup mencabar bagi diri saya untuk meneruskan kempen dakwah tersebut seorang diri. Ketika saya mengiklankan program dakwah ini di dalam facebook, tidak ada seorang yang tampil untuk membantu yang ramainya mereka yang memberikan komen terhadap iklan program yang telah dirancang. Saya teringat pesan seorang pensyarah saya di KUIS pada suatu ketika dahulu "Ikhwan orang yang terjun di medan dakwah merupakan golongan yang dipilih oleh Allah SWT dan anta kena bersyukur kerana terpilih". Itulah kata-kata semangat yang sentiasa saya ingati ketika menerima ujian di dalam medan dakwah.


Pada 16hb/11/2011, saya bertolak dari LCCT ke Kota Kinabalu. Destinasi pertama yang saya tujui ialah daerah Keningau. Seminggu sebelum balik ke Sabah saya telah dimaklumkan oleh sahabat saya saudara Sufian Bin Awang, lokasi ceramah pertama saya ialah di Masjid Taqwa bandar Keningau. Saudara Sufian merupakan sahabat lama saya ketika belajar di sekolah Pondok Darul Bayan di Terengganu pada suatu ketika dahulu. Dan ketika sampai di Keningau kebetulan sahabat seperjuangan di KUIS saudara Safaruddin turut berada di Keningau. Mereka berdualah yang banyak membantu saya di dalam program dakwah tersebut. Seperti yang telah dirancang alhamdulillah saya berjaya memberikan ceramah di masjid tersebut dengan tajuk ceramah yang saya bawa ialah "Islam agama fitrah".


Sepanjang dakwah yang saya jalankan di Keningau apa yang dapat saya simpulkan ialah betapa penduduk Islam di sana amat dahagakan ilmu agama. Sambutan yang mereka berikan amat menggalakan, walaupun saya tidak dikenali akan tetapi mereka cukup senang dengan kuliah yang saya cuba sampaikan. Respon yang mereka berikan melalui sahabat saya saudara Sufian, mereka cukup berpuas hati dengan cara penyampaian saya. Malah mereka ingin menjemput saya pula untuk memberikan ceramah motivasi kepada remaja supaya lebih berminat datang ke masjid. Walaupun saya tidak menerima apa-apa bayaran akan tetapi saya cukup gembira kerana dakwah saya diterima dan apa yang pasti selama saya berdakwah dimana-mana pun saya tidak pernah meminta sebarang bayaran.


Apa yang lebih menarik di sepanjang dakwah ini ialah, jauhnya remaja Islam terhadap masjid dan surau. Saya cukup sedih apabila mereka yang datang ke ceramah saya ialah semuanya golongan tua seolahnya orang-orang muda tidak akan mati dan hanya orang-orang tua sahaja yang akan mati dahulu itulah sebabnya kenapa mereka datang ke masjid dan surau. Mungkin inilah realiti umat Islam akhir zaman ini, Islam semakin asing di dalam kehidupan mereka.Benarlah apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah SAW seribu tahun yang lalu:


Dari Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw, “Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing”.H.R. Muslim


Masjid vs Gereja


Seperti di semenanjung isu pembinaan gereja yang agak banyak turut berlaku di Sabah. Cuma yang berlaku di Sabah telah lama berlaku berbanding di Semenanjung. Di Semenanjung pembinaan gereja yang agak banyak berlaku setelah kebangkitan penganut agama Kristian itu sendiri yang bermula pada awal tahun 90-an selepas pengharaman Darul Arqam. Di Sabah gereja boleh dilihat di mana-mana sahaja dengan begitu banyak. Di Semenanjung kita dapat melihat setiap 5 kilometer akan ada satu masjid atau surau akan tetapi di Sabah setiap 5 kilometer yang boleh dilihat ialah gereja dan bukannya masjid atau surau. Inilah realiti yang hanya berlaku di Sabah dan Sarawak.


Isu lambakan gereja yang banyak di Sabah bukanlah satu perkara yang serius bagi umat Islam, mungkin disebabkan kefahaman agama yang agak kurang menyebabkan mereka tidak terasa diancam oleh gereja walaupun pada hakikatnya umat Islam memang terancam dan diancam. Apa yang lebih menarik di Sabah ialah gereja di bina berdekatan dengan masjid ataupun surau. Di mana adanya masjid dan surau disitulah wujudnya gereja. Dan yang cukup mencabar umat Islam, gereja tersebut penuh dengan program ibadat Kristian sedangkan masjid dan surau terkadang sunyi daripada dikunjungi oleh penganutnya. Daripada Kota Kinabalu ke Keningau, Kota kinabalu ke Kudat sepanjang jalan dipenuhi dengan gereja.


Ramai umat Islam di Malaysia yang berpendapat penganut Kristian di negara ita sama seperti penganut agama Kristian di barat yang tidak kuat beragama. Pandangan tersebut sebenarnya agak tidak tepat, ini kerana pada saya sebagai bekas penganut agama Kristian penganut di negara ini lebih alim, fanatik dan agresif di dalam mengamalkan agama dan mengembangkanya kepada orang yang bukan beragama Kristian. Antara sebab berlakunya sedemikian ialah kerana pengaruh Islam itu sendiri, mereka cukup terasa terancam dengan perkembangan Islam dan untuk mengembangkan Kristian terhadap orang Islam, mereka mestilah menunjukkan agama Kristian itu lebih baik daripada agama Islam.




Gereja menjadi masjid


Di barat gereja menjadi masjid merupakan perkara biasa dan tidak ada yang peliknya. Akan tetapi di negara kita, mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa di Sabah telah berlaku bagaimana gereja menjadi masjid. Inilah yang menarik minat saya sebenarnya, setiap kali balik ke Sabah saya akan singgah di masjid tersebut untuk menunaikan solat. Saya cukup kagum bagaimana gereja tersebut boleh menjadi sebuah masjid dan ini merupakan satu kemenangan besar bagi umat Islam di Sabah.


Masjid Bandar Kota Kinabalu merupakan bekas gereja Adventis (SDA). Penduduk Kota Kinabalu memanggilnya SDA, iaitu Seven Days Adventis.

Malah tulisan tentang SDA masih jelas kelihatan.Bekas gereja ini, dahulunya terdapat tanda salib di bahagian kemudian telah diganti dengan lambang bulan bintang. Dan inilah masjid pertama di Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.

Sejarah gereja ini bertukar menjadi masjid sejak tahun 1970an. Gereja itu telah dibeli oleh seorang dermawan Islam di sana dan diwakafkan kepada kaum muslimin. Sehingga kini masjid itu masih berdiri dan digunakan untuk beribadah.


Masjid yang terletak di atas bukit dan berdekatan dengan padang merdeka Kota Kinabalu wajib di kunjungi oleh para pendakwah yang ingin berdakwah di Sabah. Pertukaran dari gereja ke masjid merupakan satu motivasi besar bagi para pendakwah untuk menukarkan Sabah daripada jolokan negeri salib kepada negeri Serambi Mekah, Insyaallah.


Masa depan Islam di Sabah


Masa depan Islam di Sabah bergantung sepenuhnya dibahu umat Islam sendiri. Andainya umat Islam tidak ada perasaan sayang dan cinta terhadap agama anutannya maka tidak mustahil umat dan Islam akan tertindas di bumi sendiri. Sejarah telah merakamkan bagaimana Islam lenyap di bumi Sepanyol dan Filipina apabila umat Islam sudah tidak mencintai agamanya.

Esok saya akan meneruskan program dakwah di Bingkor yang merupakan kawasan ramainya penganut agama Kristian. Doa dan sokongan daripada para sahabat amat di perlukan di dalam menjayakan program dakwah ini. Selepas program di Bingkor saya akan meneruskan kempen masuk Islam di Sandakan dan pada 1hb/12 nanti saya akan kembali semula di Kuala Lumpur.

Wednesday, 21 August 2013

hmmm 14 Terbunuh, 3 Cedera di Lahad Datu, namun persoalan-persoalan ini masih belum terjawab..

Insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah telah berakhir dengan 14 terbunuh dan tiga cedera selepas pasukan keselamatan bertempur dengan penceroboh bersenjata, polis sahkan hari ini.

The Star Online melaporkan polis berkata perintah berkurung telah dilaksanakan di bandar Lahad Datu dan kawasan sekitarnya sejak jam 4 petang.

Dua belas anggota penceroboh Filipina dan dua Komando Polis Malaysia terbunuh dalam pertempuran tersebut.

Dua komando yang terbunuh ialah Inspektor Zulkifli Mamat dan Koperal Sabarudin Daud.

Tiga anggota polis Malaysia turut tercedera, Jumlah anggota penceroboh tersebut yang tercedera masih belum diketahui..

Manakala seorang daripada tiga cedera itu dalam keadaan kritikal, dan mereka sedang dirawat di hospital.

Mereka adalah dari VAT69, unit komando elit polis yang ditugaskan membanteras komunis, dan kemudiannya ditugaskan untuk gerakan anti-keganasan dan menjalankan operasi khas.



Meskipun negara kelihatan berlembut dengan mereka dalam hal ini dan pemimpin negara mengambil mudah hukum-hukum Islam, namun ketahuilah apa yang dilakukan oleh negara dalam berhadapan situasi ini adalah selaras dengan syarat-syarat peperangan dalam Islam..



Antaranya ialah musuh harus diberi amaran supaya mereka mempunyai masa untuk memindahkan anak-anak, orang tua, kaum wanita dan orang sakit ke tempat selamat sebelum sesebuah angkatan tentera (Islam) menyerang.

Musuh diberi peluang untuk berunding, diberi kata dua untuk berundur atau bertaubat, jika masih berdegil barulah serangan dimulakan.

Tahanan perang pula diberi layanan yang baik, maruah mereka tidak dijatuhkan dan mayat-mayat yang gugur diberi masa dan ruang untuk disempurnakan.



Namun begitu persoalan asas masih belum terjawab... bagaimana mereka boleh bolos dengan begitu mudah?

Sedangkan menurut Bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada TLDM, Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid perairan negara dikawal empat agensi penguatkuasa iaitu Polis Marin, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), Kastan Diraja Malaysia dan TLDM.

“Kita ada ‘Operasi Pasir Laut’ antara tentera dan polis. Tak malukah tentera sudah jaga, orang lain boleh masuk?” katanya.

Ops Pasir Laut ialah operasi keselamatan perairan dan kepulauan pantai utara dan timur Sabah oleh Markas Angkatan Bersama (MAB) Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Ops Pasir Laut dikawal selia Pusat Kawalan dan Sistem Pengawasan (JRCC) dengan kelengkapan pesawat tanpa juruterbang (UAV), bot tempur kapal peronda ATB dan helikopter Nuri.

Antara peralatan canggih ditempatkan sepanjang ‘laluan panas’ ialah 12 radar dengan kemampuan mengesan pergerakan kapal mahupun bot kecil pada jarak 100 kilometer.

Kawasan seliaan MAB meliputi 22 pulau dan 11 pesisiran pantai sepanjang 1,577 kilometer dari Tawau hingga Kudat.

Pandangan itu turut dipersetujui bekas Timbalan Panglima Angkatan Tentera Darat, Lt Jen (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid.

Bagaimana mereka boleh melepasi empat agensi penguatkuasa iaitu Polis Marin, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), Kastan Diraja Malaysia dan TLDM.?

Bagaimana mereka gagal dikesan oleh 12 radar dengan kemampuan mengesan pergerakan kapal mahupun bot kecil pada jarak 100 kilometer?

Bagaimana mereka boleh lepas dari Pusat Kawalan dan Sistem Pengawasan (JRCC) dengan kelengkapan pesawat tanpa juruterbang (UAV), bot tempur kapal peronda ATB dan helikopter Nuri?

Dan adakah benar TLDM gagal mengesan kehadiran mereka sedangkan pengkalan Kapal Selam negara berada di Teluk Perairan itu???



Dan bagi persoalan mengapa Polis bukannya Angkatan Tentera Malaysia yang bertindak pula, ini jawapannya...

Pasukan tentera hanya boleh mengusir pengikut Kesultanan Sulu di Lahad Datu di Sabah ini jika mendapat arahan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Huseein atau Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tanpa arahan tersebut tentera tidak boleh campur tangan dalam isu Kesultanan Sulu menurut Bekas Leftenan General Datuk Seri Zaini Mohd Said yang menerajui Ops Subuh untuk menyerbu Al-Ma’unah pada 2000..

Ini Kenyataan Media dari SAMMyang mempersoalkan di manakah kelengkapan negara dengan perbelanjaan duit rakyat yang berbilion..


Kenyataan Media 1 Mac 2013

Insiden Lahad Datu: Rakyat Harus Tolak Kerajaan Lemah Segala Bidang

Pertempuran darah yang berlaku di Lahad Datu yang menyebabkan kematian dua komando PDRM adalah kemuncak ‘kelemahan’ kerajaan yang dipimpin oleh Umno Barisan Nasional. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak keras Najib Razak (PM) dan Sepupunya Hishamuddin Hussin (KDN) bertanggungjawab sepenuhnya di atas dua anggota polis yang terkorban setakat ini dan akan datang.

SAMM juga mengucapkan takziah kepada keluarga anggota yang terkorban, SAMM yakin ia adalah pengorbanan yang suci terhadap tanahair, agama dan bangsa. Namun malangnya perkara sedih ini tidak wajar berlaku sekiranya pihak kerajaan Malaysia mengendali konflik ini dengan tepat. Apakah setelah berlaku dua kematian maka baru kerajaan nak bertindak?

Persoalan utama yang timbul di sini ialah mengapa kerajaan Malaysia terlalu lambat mengambil tindakkan, dan teragak-agak sehingga menyebabkan insiden kematian anggota keselamatan negara? Tawaran yang diberikan juga tidak melambangkan ketegasan, sehingga beberapa kali menukar tarikh tamat tempoh yang diberi kepada penceroboh bersenjata. Akibat daripada tiada ketegasan mutlak, negara berdepan lebih banyak kematian malah tidak mustahil orang awam bakal menjadi mangsa.

Seterusnya SAMM tetap mempersoalkan bagaimana kumpulan bersenjata ini boleh mendarat di Pantai Tg Labian, mara jauh ke Kg Tandou dan berkampung di sana. Mereka menyusup berjalan kaki dengan skala yang sebesar ratusan askar malah Malah menurut Philippine Daily Inquirer memetik Danny Virtudazo (Pimpinan Kanan Negeri Palawan) berkata. beberapa bot telah mendarat di Sabah dengan seramai kira-kira 1,500 lelaki, tetapi pihak berkuasa Malaysia tidak tahu di mana mereka berada. Bagaimana ini tidak dapat dikesan? Atau ia sebenarnya sandiwara untuk simpati pilihanraya?

SAMM juga persoal di manakah kelengkapan negara dengan perbelanjaan duit rakyat yang berbilion itu? Kehilangan nyawa tetap berlaku terhadap rakyat negara ini walaupun telah ratus bilion dihabiskan oleh Kementerian Pertahanan. Sudah lengkap bersenjata, tetapi gagal menafsir keputusan tepat ketika waktu genting satu kesalahan yang tidak boleh dimaafkan.

Cukuplah, cukuplah mandat buat Barisan Nasional. Najib Razak membuktikan dialah Perdana Menteri paling konsisten kadar penakutnya. Apakah rakyat mahu si penakut yang kurang bijak lagi penindas rakyat terus menerajui negara?

Sekian,

che’GuBard
Ketua Penyelaras SAMM
www.anakmudamalaysia.com
email: samm4anakmuda@gmail.com
Berikut pula kenyataan media dari AMK yang mengecam sebarang percubaan untuk menakut-nakutkan rakyat..


Angkatan Muda Keadilan Malaysia

1 Mac 2013

Tragedi Lahad Datu: Kegagalan Kerajaan Membahayakan Keselamatan Negara

Angkatan Muda Keadilan Malaysia merasa begitu pilu apabila mendapat khabar dua anggota perajurit kita, Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabarudin dari Unit 69 Komando telah tewas dalam satu pertempuran di Lahad Datu dalam satu insiden atau lebih layak dipanggil drama apabila sekumpulan lelaki bersenjata kononnya daripada Kesultanan Sulu menuntut hak mereka dan mengepung sebuah kampung bernama Kampung Taduo.

AMK Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya sebarang tindakan yang terancang semata-mata untuk memastikan sesetengah pihak terus memegang tampuk kekuasaan di negara yang tercinta ini. Tragedi Lahad Datu tidak lebih kurang plotnya berbanding insisden Sauk dan Memali yang pernah terjadi, menjelang beberapa siri pilihanraya yang kelihatan tidak memihak kepada pemerintah.

AMK Malaysia juga mengecam sebarang percubaan untuk menakut-nakutkan rakyat, dan dalam kes ini jelas sentimen ketakutan itu cuba dicetuskan kepada masyarakat Sabah, diambang mereka kelihatan begitu bersedia bagi menamatkan badi pemerintahan Barisan Nasional yang jelas tidak mampu sama sekali membawa arus perubahan ke negeri di bawah bayu itu.

AMK Malaysia mempersoalkan yang pertama sekali bagaimana sekumpulan lelaki ini dapat mendarat di Lahad Datu, di sebalik kononnya gah buah kapal selam Scorpene menjaga perairan kita di Laut China Selatan? Adakah mereka ini begitu hebat hingga gagal dikesan oleh kapal selam canggih ini? Atau adakah unit peronda marin kita juga gagal melaksanakan tugas dengan baik?

Atau sebenarnya semua unit keselamatan pertahanan negara ini diarahkan memberi 'laluan' kepada kumpulan lelaki bersenjata ini?

AMK Malaysia juga mempersoalkan kenapa sepanjang lebih tiga minggu tragedi ini berlangsung, tidak ada sebarang maklumat tepat yang diperolehi oleh rakyat Malaysia atau sebarang kenyataan rasmi yang meyakinkan daripada kerajaan sehingga pelbagai spekulasi dilakukan di media sosial.

Adakah keadaan ini dibiarkan berlaku bagi membina tekanan minda terhadap masyarakat Sabah khasnya , dan rakyat Malaysia keseluruhannya untuk mengalihkan isu sebenar di sebalik kepulangan PI Bala untuk isu pembunuhan Altantuya Shariibuu dan juga pembentangan Manifesto Rakyat oleh Pakatan Rakyat yang jelas menggoyahkan Barisan Nasional.

AMK Malaysia juga mengecam tindakan kerajaan yang terlalu berlembut dengan kumpulan bersenjata ini, sehingga mereka boleh dibiarkan bertahan berminggu-minggu di dalam kedaulatan wilayah kita sendiri. Keadaan ini jelas berbeza apabila Kementerian Dalam Negeri dalam sikapnya menangani isu tempatan seperti siri demonstratsi Bersih dan sebagainya.

AMK Malaysia percaya jiwa yang terkorban ini, samada dua perajurit kita dan juga dari pihak Sulu ini boleh dielakkan jika langkah-langkah bijak dilakukan segera serta penuh berani. Rundingan yang dicanang-canang akhirnya tetap mengorbankan nyawa manusia sebagai bukti Barisan Nasional sebagai kerajaan gagal untuk menangani masalah dengan baik.

AMK Malaysia mengucapkan takziah kepada dua perwira yang terkorban dalam tragedi Lahad Datu ini, dan meminta seluruh anggota Angkatan Muda Keadilan yang beragama Islam memberi sedekah Al-Fatihah kepada wira negara ini. Dua perwira ini haruslah disemadikan dengan penuh istiadat ketenteraan dan penghormatan negara. Keluarga mereka juga haruslah terus dibela dan diberi bantuan yang secukupnya sebagai menghargai pengorbanan dua perwira ini.

AZMIZAM ZAMAN HURI
Naib Ketua AMK Malaysia

GEMPAK!! 'R' dilancar tuntut royalti 20%...





KOTA KINABALU: NGO Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas atau lebih dikenali sebagai ‘R’ di lancarkan di peringkat negeri Sabah hari ini.

Majlis bersejarah itu disempurnakan Pengerusi Jawatan Kuasa Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan, Datuk Husam Musa sempena Konvensyen Politik Baharu Sabah di Star City Convention Center di sini.

Turut serta pada majlis pelancaran itu, Bekas Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Yahya Lampong, Naib Pengerusi R Malaysia Abu Samah Hassan, Setiausaha R Malaysia Hishamuddin Ghazali serta Pengerusi R Sabah Nemrone Loveh.

R Sabah merupakan sebahagian daripada lebih 80 NGO yang menyokong perjuangan menuntut royalti termasuk di Kelantan, Terengganu, Sarawak dan lapan buah negeri lain di seluruh Malaysia.

Sementara itu, Nemrone dalam kenyataan medianya berkata, tujuan penubuhan R Sabah adalah bagi menuntut bayaran royalti Sabah ditingkatkan dari 5 peratus kepada 20 peratus.

Katanya, jumlah 5 peratus yang dibayar oleh Petronas tidak mencukupi malah rakyat Sabah tidak merasai hasil minyak tersebut.

Perkara itu juga ujarnya disahkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia yang menunjukkan Sabah negeri paling miskin di Malaysia.

“Dengan tambahan peratusan bayaran royalti, ia akan menjadikan jumlah itu RM3.2 bilion.

“Maka gaji boleh ditingkatkan, pembangunan dapat dilakukan, peluang kerja makin banyak dan boleh memajukan infrastruktur di seluruh Sabah,” katanya.

Beberapa lagi isu yang akan diperjuangkan R Sabah termasuklah;
Penyerahan Blok L dan M milik Malaysia kepada Brunei yang didakwa dibuat secara tidak mengikut peruntukan Undang-undang.
Malaysia didakwa kerugian RM320 Billion daripada tindakan tersebut.
Isu pendaratan gas di Beuford dan duti eksais.

Harakahdaily.net

GEMPAR!! Pas jamin Sabah untuk sabah BAH!!..





KOTA KINABALU: PAS berpendirian bahawa urusan pentadbiran negeri Sabah harus diserahkan kepada orang Sabah yang lebih mengetahui selok belok paermasalahan di sini.

Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, sebab itu PAS akan menyerahkan kepada orang Sabah mentadbir negeri ini jika menang pada pilihan raya umum akan datang.

“Orang Sabah lebih tahu ‘lorong-lorong’ dia. Oleh itu, pentadbiran, pengrusan Sabah, orang Sabah yang mengurus, dia lebih tahu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika memberikan ucapan penutup pada Konvensyen Politik Baharu Sabah di Star City Convention Centre di sini semalam.

Menurutnya, sudah cukup selama ini rakyat Sabah dipermainkan oleh parti pemerintah demi mengekalkan kuasa mereka bukan sahaja di negeri ini, malah kuasa di pusat.

“Cukuplah Sabah dipermainkan, rakyat dipermainkan.

“Rakyat dibeli untuk undi pilihan raya. Pemimpin dibeli untuk kekal kuasa di pusat,” ujarnya lagi.

Beliau turut menyeru kepada rakyat negeri ini untuk membuat perubahan bersama-sama rakyat Semenanjung demi menuju politik baharu Sabah yang lebih mengutamakan rakyat.

Katanya, PAS dan Pakatan Rakyat telah membuktikan kesungguhan dan komitmen mereka membela nasib rakyat, dalam bidang kuasa yang ada di beberapa negeri yang telah diperintah.

Ianya termasuk di Kelantan, Kedah, Selangor, Pulau Pinang, dan pernah di Perak serta di Terengganu.

“Perubahan yang berlaku tidak boleh di Semenanjung sahaja, kena ubah sama-sama.

“Insya Allah, ini kalilah,” katanya lagi.

Di Sabah, PAS juga memberi komitmen serupa iaitu mahu memberi keadilan dan hak kepada rakyat seperti yang dituntut oleh agama Islam.

Islam ujarnya menentang sebarang bentuk kezaliman dan menganggap urusan pentadbiran adalah amanah untuk diurus dengan adil kepada rakyat.

“Tak boleh atasi kemiskinan jika pemimpin anggap harta negeri sebagai harta sendiri.

“Selagi tak selesai masalah rakyat di peringkat negeri, hasil negeri tidak boleh dipunggah ke pusat,” jelasnya.

Sebab itu juga katanya Pakatan Rakyat turut menuntut kenaikan pembayaran royalti darpada 5 peratus kepada 20 peratus.

“Pada kita, 20 peratus sudah boleh selesai masalah rakyat negeri ini.

“Kalau tak selesai, kena tambah lagi (peratusan) itu,” katanya.

Harakahdaily.net

Tuesday, 20 August 2013

sejarah nama "rock kapak"...baru ku tahu..

 


Jom baca asal usul nama Rock Kapak.. daripada blog 10tinsardin.

Statement yg selalu buat orang selalu confuse dan kerap kali di misunderstood kan.

Tapi kajian theory aku menunjuk kan bahawa, "Rock Kapak" itu bermula dari perkataan "Rock kapa" -without the "K" at the end.

"Rock kapa" adalah shortform dari gabungan perkataan "Rock kah atau apa?" (Terjemahan omputih: "You rock? or what?"

Dulu, kalo lu orang pegi tengok konsert rock, time show nak start, pasti vokalist kumpulan rock itu akan diri depan stage dan jerit kepada penonton:

"AMACAM LU ORANG SUMAAAA??!! LU ORANG MAU ROCK KAPA..??!!" (how are you guys? you want to rock or what??)

So dari situ ler bermulanya perkataan "kapa" dalam kamus mat rock dan menjadi ikutan mat-mat rock pada zaman itu.

Dalam ayat2 perbualan seharian juga, perkataan rock & kapa juga ader diselitkan demi mencerminkan jiwa & sanubari seseorang rocker itu.




For example:

Apabila kita nampak member pakai style sikit, kiter musti puji...

"Wahh! Pakai sluar search kapa?" Or "Lu rambut dindong rock kapa??"

ATAU, kalo kita nak tegur member yg tgh jalan sorang...

"Dengar walkman sorang lagu rock kapa??"

ATAU, nak kenal-kenal dgn minah, abeh tu nak ajak dia gie ehemm ehemm.

"Fewwwiittt...jamboo minah nih. rock kapa??"

So, perkataan rock & kapa memang tak bole dipisahkan pada setiap ayat-ayat mat rock itu.

Mungkin dari situ lah ianya merebak dari satu molot ke satu molot mat rock yg lain.

Oleh kerana sebutan itu telah dipassing dari berjuta-juta molot ke berjuta-juta telinga, maka sebutan itu pon bertukar-tukar. Ianya menjalani satu transformasi dalam sebutan dan keaslian dan sebutan asal nyer telah hilang.

Maka, dari situ lah sebutan "Rock kapa" telah bertukar menjadi "Rock Kapak".

So, conclusion aku, perkataan "Rock Kapak" itu terbit dari sebutan dan pendengaran yg salah, tetapi ianya masih terus digunakan oleh mat-mat rock selepas zaman rock kangkang.



p/s : Zaman kemuncak muzik rock Malaysia.. Lirik penuh bermakna dan puitis.. bukan macam lagu sekarang... "asalkan aku okay..duit dalam kocek.. hidup mesti sederhana...kaya macam datuk k..bla3.. " mesej bagus..tapi elemen puitis tarak..oh sasuka tu..



Monday, 19 August 2013

BAH tempat-tempat menarik di sabah!!..asli lagi tenang


p/s:boleh katakan Sabah ne tempat yang menarik dan berbeza dari negeri-negeri yg lain..menarik but simple..sasuka tu..

Minuman Ringan 'Chill Can' Hanya Perlu 3 Minit Untuk Sejuk! sasuka tu




Sebuah syarikat pengeluar minuman ringan terkenal Amerika Syarikat, Joseph Company International mengumumkan telah berjaya menghasilkan sejenis produk berteknologi baru. Produk ini diberi nama Chill Can. Ini kerana minuman yang dimasukkan ke dalam tin akan menjadi sejuk dengan sendirinya tanpa perlu dimasukkan ke dalam peti sejuk.
Mungkin bunyinya seperti satu perkara mustahil untuk dilakukan. Malah, tidak logik langsung apabila memikirkan soal bagaimana minuman ini boleh sejuk sendiri. Tetapi itulah realitinya. Percaya atau tidak, syarikat pengeluar minuman itu mendakwa perubahan suhu sejuk produk minuman baru tersebut boleh mencecah sehingga -15 darjah selsius.

Soalnya kini, apakah teknologi yang diguna pakai oleh syarikat tersebut mampu menghasilkan minuman ringan seumpama itu? Adakah penghasilannya sama seperti peti sejuk?

Idea ini tercetus apabila syarikat tersebut menemui satu formula baru teknologi yang dipanggil penyejukan mikro atau Micro Cooling. Difahamkan, syarikat pengeluar produk minuman itu telah menjalankan penyelidikan lebih 18 tahun sebelum berjaya menghasilkan minuman berkenaan.

Orang yang bertanggungjawab menemui teknologi baru itu adalah seorang pegawai penyelidik di syarikat terbabit yang bernama Profesor Roland Clift.


Profesor Roland Clift
Menurutnya, penyelidikan ke atas minuman itu meliputi tiga peringkat utama iaitu mencuba, menguji dan menghasilkan produk yang mesra alam. Menurut beliau, minuman ringan Chill Candilengkapi dengan teknologi khusus sehingga membolehkannya menjadi sejuk sekalipun ia diletakkan di kawasan yang bertakat pada suhu bilik.

Teknologi yang dimaksudkan adalah penggunaan sejenis kapsul karbon. Kapsul karbon tersebut merupakan sejenis bahan yang diperbuat daripada tempurung kelapa. Berdasarkan penyelidikan yang dilakukan, kapsul karbon tersebut dimasukkan ke dalam tin minuman berkenaan.

Menurut beliau, terdapat satu butang khas direka pada bahagian bawah tin minuman berkenaan. Apabila butang itu ditekan, secara automatik kapsul karbon yang berisi gas karbon dioksida akan bertindak balas dengan cecair minuman ringan lalu mengubah suhu menjadi sejuk.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif syarikat pengeluar minuman tersebut, Mitchell Joseph, penciptaan produk minuman baru ini, bukan sahaja memiliki teknologi canggih malah turut menjimatkan penggunaan tenaga elektrik.

Tambah menarik, tempoh masa untuk mendapatkan minuman sejuk dilihat lebih cepat dengan hanya beberapa minit sahaja berbanding cara lama seperti memasukkan minuman ke dalam peti ais atau bekas yang berisi ais. Ini bermakna dengan Chill Can, pengguna boleh membawa minuman ini ke mana-mana sahaja.

Melihat pada teknologi baru ini sudah pasti akan menjadi lebih cepat dan menjimatkan masa. Malah cara menggunakannya juga sangat ringkas.

Ia juga sangat berguna terutamanya bagi aktiviti luar seperti berkelah, memancing atau bersukan. nampaknya selepas ini kemungkinan industri pengeluaran peti sejuk dan ais ketul pasti akan gulung tikar.

Pun begitu, minuman ringan berteknologi baru ini tidak direka untuk menghentikan industri tersebut. Sebaliknya, tujuan sebenar produk itu dipatenkan adalah untuk mengurangkan kesan rumah hijau.

Apa yang menariknya lagi, minuman baru ini sesuai diminum oleh semua orang. Tidak seperti produk minuman ringan lain, Chill Can tidak mengandungi kandungan gula, kafein, pewarna tiruan.

Tambahnya lagi, produk baru keluaran tersebut sudah memasuki pasaran dan dijual dengan harga $3.95 dolar satu tin.

Difahamkan, syarikat pengeluaran minuman terkenal di Amerika Syarikat itu telah membelanjakan sekitar USD$8 juta untuk produk baru tersebut.

Saturday, 17 August 2013

WAW..kuku melambangkan kesihatan!!... mai baca..










Adakah anda tahu bahawa kuku anda boleh mendedahkan kesihatan anda secara keseluruhannya? Sebuah sentuhan tompokan putih, ada yang sedikit kemerahan, atau riak atau gundukan mungkin merupakan tanda penyakit di dalam tubuh anda. Permasalahan dalam hati, paru-paru, dan jantung boleh muncul dalam kuku anda. Terus membaca untuk mempelajari apa rahsia kuku akan mendedahkan penyakit anda.






1. Kuku yang pucat (Pale Nails).







Kuku yang sangat pucat kadang-kadang dikaitkan dengan penuaan. Tapi mereka juga boleh merupakan tanda penyakit serius seperti:


Anemia
Kongestif gagal jantung
Diabetes
Penyakit hati
Gizi Buruk
2. Kuku putih (White Nails).







Jika kuku sebahagian besar putih dengan pinggiran lebih gelap, ini dapat menunjukkan masalah hati, seperti hepatitis. Dalam gambar ini, anda boleh melihat jari-jari juga kuning, tanda lain dari masalah hati.


3. Kuku Kuning (Yellow Nails)






Salah satu penyebab paling biasa kuku yang berwarna kuning adalah disebabkan jangkitan kulat. Sebagai memburukkan lagi jangkitan, kuku mungkin menarik kembali, dan mungkin kuku menebal dan runtuh.Dalam kes yang jarang berlaku, kuku kuning dapat menunjukkan keadaan yang lebih serius seperti penyakit tiroid teruk atau psoriasis


4. Kuku kebiruan (bluish Nails).






Kuku dengan warna kebiruan boleh bererti tubuh tidak mendapat oksigen yang cukup. Ini boleh menunjukkan adanya jangkitan di paru-paru, seperti radang paru-paru.


5.Kuku yang berdesir (Rippled Nails).






Jika permukaan kuku yang bergelombang atau diadu, ini mungkin merupakan tanda awal dari psoriasis atau artritis inflamasi. Psoriasis adalah suatu keadaan kulit yang bermula pada kuku 10% dari masa.


6. Kuku yang retak dan terbelah (Crack and split Nails).






Kering, kuku rapuh yang sering retak atau terbelah telah dikaitkan dengan penyakit tiroid. Retak atau pemisahan digabungkan dengan warna kekuningan lebih mungkin kerana jangkitan kulat




7. Kuku bengkak di pinggiran kulit (Puffy Nail fold).





Jika kulit di sekitar kuku tampak merah dan bengkak, ini dikenali sebagai peradangan lipatan kuku. Ini mungkin hasil dari lupus atau tissue disorder.


8.Garis hitam dibawah kuku (Dark lines beneath the Nails).








Garis hitam di bawah kuku harus diselidiki secepat mungkin. Mereka kadang-kadang disebabkan oleh melanoma, jenis yang paling berbahaya dari kanser kulit ..


9. Mengigit kuku (gnawed Nails).






Menggigit kuku anda mungkin tidak lebih dari kebiasaan atau tabiat lama, namun dalam beberapa kes ini adalah tanda kegelisahan terus-menerus yang perlu rawatan. Menggigit kuku dikaitkan dengan gangguan obsesif-kompulsif. Jika anda tidak boleh berhenti, berbincanglah dengan doktor anda.











Walaupun perubahan keadaan kuku banyak menunjukkan tanda-tanda keadaan penyakit, perubahan ini jarang ada tanda pertama. Dan banyak kelainan kuku tidak berbahaya dan tidak semua orang dengan kuku putih mengidap penyakit hepatitis. Jika anda bimbang tentang paparan kuku anda, sila berjumpa dengan doktor kulit untuk pengesahan.

tips!! hilangkan jerawat dalam satu mlm..insyaAllah

Jerawat yang muncul secara tiba-tiba boleh membuatkan anda merasa tertekan. Tambahan pula jika ada acara penting pada keesokan hari yang memerlukan anda berhadapan dengan orang ramai dengan penuh yakin.


Jangan risau, mari cuba beberapa tips di bawah untuk menghilangkan jerawat dalam masa satu malam!

AIS BATU
Sebelum anda buat keputusan memicit jerawat, eloklah jika anda mengambil seketul ais dan bungkus dalam kain yang bersih. Letakkannya di kawasan yang ditumbuhi jerawat itu selama 30 saat sebelum menyapu krim jerawat. Ais batu berfungsi mengecilkan liang roma dan menyerap minyak yang berlebihan.

CAMPURAN KAYU MANIS & MADU
Antara kaedah lain untuk menghilangkan jerawat ialah mencampurkan serbuk kayu manis dan madu. Gaulkan serbuk yang dicampur tadi sehingga rata dan sapukan di bahagian wajah yang berjerawat. Campuran ini akan membantu mengatasi masalah keradangan dan membuat jerawat menjadi kecut. Biarkan ia semalaman sebelum dibasuh pada keesokan paginya.

PERAHAN LEMON
Sewaktu membersihkan muka, anda boleh membilas muka yang berjerawat dengan perahan air lemon sebelum membilas muka sekali lagi dengan air bersih. Perahan lemon mampu mengurangkan minyak pada kulit wajah hingga menyebabkan wajah bebas jerawat.

UBAT GIGI
Cuci muka dengan air bersih dan biarkan sehingga kering. Selepas itu, letakkan sedikit ubat gigi pada jerawat tersebut. Biarkan ia semalaman sebelum mencuci wajah sehingga bersih.

PUTIH TELUR
Pecahkan sebiji telur dan asingkan bahagian kuning dan putih telur. Ambil bahagian putih telur dan sapukan pada muka yang berjerawat. Kandungan vitamin yang terdapat dalam telur mampu membantu anda mencegah jerawat

PENTING!! tips-tips hilangkan bau kaki..SUPER STYLE






Kaki berbau sering di alami oleh orang yang menggunakan kasut bertutup setiap hari. Bau kaki yang busuk akan membuatkan orang di sekeliling kita berasa tidak selesa.


Menghapuskan bau kaki yang tidak menyenangkan adalah perkara utama bagi mereka yang menghadapi masalah ini.


Untuk pengetahuan anda, kaki berbau berpunca daripada bakteria pada kaki yang memakan peluh di kaki. Jika anda mengalami masalah ini, terdapat beberapa cara untuk anda menghapuskannya.


1) Rendam kaki anda di dalam baldi berisi sabun dan air suam dan gosok kaki anda selama 30 minit. Kemudian, bilas dengan air sejuk. Air suam berupaya membuka liang roma di kaki dan mengeluarkan kotoran. Air sejuk pula berperanan untuk menutup kembali riang roma yang terbuka.




2) Gunakan sarung kaki dengan bahan yang selesa serta mempunyai sistem peredaran udara yang baik supaya kaki tidak lembab. Oleh itu, stoking jenis nilon tidak sesuai untuk di pakai dengan kerap.
3) Mempelbagaikan jenis kasut mengikut suasana. Jika anda ingin keluar bersantai pada hujung minggu, gunakan kasut/selipar yang terbuka. Sekurang – kurangnya, kaki anda dapat 'bernafas' seketika.




4) Pastikan kaki tapak kaki dan jari kaki anda tidak di jangkiti kulat. Jika anda mendapati terdapat kulit kering dan tompok merah, gunakan produk kaki yang sesuai atau berjumpa dengan doktor.




5) Kami mengesyorkan supaya anda menggunakan kasut yang berbeza selang dua hari. Kasut memerlukan 24 jam untuk kering sepenuhnya.


Jika kasut anda berbau :


1) Balut kasut anda dengan suratkhabar dan simpan di tempat yang sejuk dan berangin. Kertas suratkhabar dapat menyerap bau hapak pada kasut.


2) Ambil beberapa biji kopi dan balutkan pada tisu, letakkan balutan kopi itu ke dalam kasut dan biarkan semalaman.


3) Jika kasut anda masih berbau walaupun selepas di cuci, keringkan terlebih dahulu kasut tersebut. Kemudian, ambil soda bikarbonat dan taburkan pada kasut dan biarkan semalaman. Jumlah soda bikarbonat bergantung pada saiz kasut anda. Keesokan harinya, buang soda bikarbonat tersebut menggunakan vakum.


4) Untuk mengelakkan kasut tidak mudah berbau, jangan pakai kasut ketika kaki anda basah. Kerana ia membolehkan bakteria membiak dan merebak. Untuk kesan maksimum, gunakan produk yang boleh menghilangkan bau kasut dengan cepat.
5) Jika kasut anda basah akibat hujan, segera masukkan surat khabar lama ke dalam kasut dan simpan kasut dalam kain, kotak kasut atau beg plastik.


Cara di atas amat mudah dipraktikkan. Jika anda telah mencuba ke semua di atas tetapi masih mengalami masalah yang sama, cuba berjumpa dengan pakar kulit dan dapatkan nasihat daripada mereka.

tips-tips untuk elakkan perut buncit..waw sasuka tu






Tiada siapa yang suka dengan masalah ‘buncit’kan ? Masalah buncit juga boleh menyebabkan seseorang itu hilang keyakinan diri! Jadi tunggu apa lagi, jom kita ucapkan selamat tinggal pada masalah buncit dengan melakukan 9 pekara di bawah!


1) KERAP MINUM AIR MASAK
Mendapatkan jumlah air yang banyak dapat menjamin fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air. Jadi, lebih kerap kamu membuang air lebih banyak lah segala sisa makanan yang terkumpul di dalam perut keluar


2) BANYAKKAN KUNYAHAN
Sewaktu menikmati hidangan makanan, jangan terburu-buru ketika makan. Pastikan setiap makanan yang masuk di dalam mulut di kunyah sebanyak 44 kali atau kunyah sehingga cebisan makanan menjadi kecil dan mudah untuk di hadam. Makanan yang sukar di hadam akan menyebabkan perut kamu kembung dan tidak hairanlah mengapa selepas itu ia menjadi buncit.


3) MAKAN MAKANAN YANG PENUH SERAT
Makanan yang serat adalah penting dalam pyramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan. Malah, amalan memakan sayur-sayuran yang bewarna hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu proses penjagaan penyakit perut buncit.


4) KURANGKAN GARAM DALAM MAKANAN
Terlebih garam dalam makanan juga tidak di galakan, ini kerana ia akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan proses pengaluaran air dari sel badan. Akibanya perut kamu akan jadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk dan mula membuncit!


5) KERAP MEMBUANG AIR
Jika kamu terasa seperti ingin membuang air kecil atau besar, jangan tahan. Cepat-cepatlah ke tandas, biarkan segala toksin dalam badan keluar dari tubuh kamu. Jangan di simpan! Nanti kamu juga yang merana.


6) KELUARKAN PELUH
Jika kamu seorang yang kurang kerap ke tandas, apa kata kamu keluarkan segala toksin yang tersimpan dengan cara lakukan senaman atau apa sahaja aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh. Lebih elok sekirannya kamu jadualkan waktu senaman kamu. Bukan kata hilang buncit, badan kamu juga akan menjadi sihat dan kuat.


7) BERHENTI MAKAN UBATAN YANG TIDAK PENTING
Ada sesetengah kajian mengatakan, pengambilanubat-ubatan adalah salah satu faktor perut buncit. Contoh seperti ubat Aspirin. Jika kamu kerap mengambil ubatan ini ia akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.


8) ‘SIT-UP’ SEBELUM DAN SELEPAS TIDUR
Jika kamu rajin melakukan sit-up sebelum dan selepas kamu bangkit dari tidur ia dapat membantu kamu mengempiskan perut yang buncit itu. Teknik ini sangat di galakan kerana segala oto-otot di perut akan ‘bekerja’ dan menyebabkan sistem pembakaran lemak juga berjalan dengan lancar.


9) KURANGKAN MINUM AIR MANIS
Air manis memang sedap untuk di minum, tetapi jika di ambil dengan kuantiti yang banyak dan kerap ia akan menyebabkan segala kamu mendapat penyakit yang tidak di ingini seperti kencing manis dan sebagainya. Jadi, kurang-kurangkanlah pengambilan air manis. Lebihkan minuman air masak seperti yang di sarankan di atas.