Thursday, 2 February 2012

Gaji Safee Sali RM118000 sebulan selepas ikat kontrak baru selama 2 tahun bersama Pelita Jaya FC.

Hari ini saya sempat berjalan ke blog rakan-rakan yang lain dan saya dapat tahu yang pemain penyerang Malaysia iaitu Safee Sali telah menyatakan persetujuan untuk menyambung kontrak bersama Pelita Jaya FC selama 2 tahun. Dan yang lebih mengejutkan, Safee akan menerima gaji sebanyak RM118 ribu sebulan dan menerima banyak faedah untuk bersama dengan Pelita Jaya FC. Nampaknya, pasukan Pelita Jaya FC memang tak bagi Safee Sali meninggalkan mereka dan sanggup bagi macam-macam hadiah dan tawaran untuk mengekalkan Safee Sali dalam kelab mereka.



Apa yang Safee dapat?
  • bonus tetap perlawanan
  • rumah
  • kenderaan
  • pemandu peribadi
  • cukai dibayar oleh kelab
  • tiket pergi balik ke Kuala Lumpur yang disediakan oleh Kelab
  • penghormatan sebagai Ketua Pasukan Pelita Jaya FC

Dan apakah kelebihan Safee Sali dapat setelah kekal bersama Pelita Jaya ini?
Safee Sali akan mendapat ‘commercial endorsement’ bagi pelbagai jenama & produk di seluruh Indonesia
Imej Safee Sali akan digunakan untuk tujuan pengiklanan dan pemasaran.

Safee Sali diberi peluang bermain dengan mana-mana kelab milik penuh Pelita Jaya Cronus apabila peluang dan ruangnya tiba dan bergantung kepada tempoh pendaftaran yang ditetapkan oleh liga di negara-negara tersebut. Antara kelab yang dimiliki penuh oleh Pelita Jaya Cronus selain Pelita Jaya FC di Indonesia ialah Brisbane Roar FC di Australia yang akan bermain di AFC Champions League 2012, CS Vise di Belgium, kelab divisi 2 di Liga Belgium dan SAD Uruguay sebuah kelab pembentukan pemain remaja di Uruguay
Pelita Jaya juga mempunyai hubungan yang amat akrab dengan beberapa kelab lain di dunia seperti 5 kelab di liga Brazil yang antaranya adalah Flamengo FC dan beberapa kelab di Eropah terutama di Belanda yang antaranya ialah Ajax Amsterdam FC serta Leicester City FC


Fuhh, kalau dibaca dan difikirkan kelebihan dan tawaran yang Safee Sali dapat untuk bermain bersama Pelita Jaya FC untuk 2 tahun lagi, saya rasa ini memang tawaran berani mati punya dan sukar untuk ditolak. Bukan calang-calang pemain Malaysia yang pernah ditawarkan sebegini rupa. RM118000 itu bukan satu angka yang rendah. Malah, siap dapat rumah dan kereta. Ada pemandu peribadi. Beliau sudah bertaraf selebriti di Indonesia. Fuhh..tak apalah. Bagi saya ini tawaran menarik untuk beliau.




Dan pada usia 28 tahun ini, jika seseorang pemain Malaysia berjaya dapat tawaran sebegini, jangan lepaskan peluang. Peluang macam ini memang takkan jumpa dah sebab bila dah umur 30 tahun ke atas nanti, memang susah nak pergi ke kelab luar. Prestasi dan faktor usia akan menjadi faktor dan kayu pengukur bagi seseorang pemain untuk kekal dalam kelab atau pasukan negeri. Saya dengar, Johor juga berminat untuk memiliki Safee Sali. Tapi saya tahu, hati beliau tetap untuk Selangor kan? You will be back, right?

No comments:

Post a Comment