Wednesday, 29 February 2012

40 Orang Hindu Buta Akibat Meruntuhkan Masjid




Ingatkah kita kepada Masjid Babry yang dirobohkan oleh orang Hindu di India. Rupanya , selepas perobohan tersebut ada peristiwa yang aneh berlaku kepada mereka yang merobohkannya rumah Allah ini. Bacalah.

Sekitar 40 orang Hindu yang terlibat dalam serangan keji ke atas Masjid Babry untuk merobohkannya pada tanggal 6 Desember 1992,telah mendapat buta setelah gagal diubati walaupun dirawat oleh doktor-doktor pakar terkenal di India.

Berita ini diketahui melalui laporan yang dihebahkan oleh akhbar Anshary Express yang diterbitkan di India. Akhbar itu memberitahu propaganda umat Hindu untuk merobohkan masjid tersebut turut disertai sejumlah besar orang-orang Hindu ekstrem dari berbagai pelusuk India. Mereka sebelumnya telah lama mendapatkan latihan untuk tujuan itu.

Akhbar tersebut juga menyatakan 31 orang yang buta itu tinggal di satu komplek di kota Maharinor. Sebelumnya , mereka pernah melakukan usaha merobohkan masjid tua milik umat Islam itu namun belum berhasil.

Sekarang setelah masjid ini dirobohkan, kumpulan yang buta ini bergantung hidup kepada bantuan yang diberikan organisasi-organisasi Hindu. Selain 31 orang, terdapat 9 orang lain yang merupakan anggota organisasi Gazy Boora di Atar Pradesh turut hilangan penglihatan mereka atau buta setelah terlibat sama merobohkan Masjid Babry.

Berdasarkan laporan akhbar tersebut, mereka yang buta menyesali tindakan tersebut dengan menyatakan bahwa tuhan-tuhan mereka telah murka terhadap mereka kerana telah merobohkan Masjid Babry. Menurut mereka, kebutaan yang mereka alami itu tidak lain adalah sebagai balasan dari tuhan-tuhan mereka itu .

Menurut klaim/wakil mereka, salah seorang waris dari orang-orang tersebut menyebutkan, anak lelakinya memang telah mendapatkan latihan khusus untuk turut serta dalam tindakan merobohkan masjid itu namun ia mengaku belum mengetahui identiti pihak yang telah melatih anak lelakinya itu.

Penduduk setempat terutama yang berada di kawasan sekitar Masjid Babry berkeyakinan bahawa dengan tindakan perobohan tersebut itu mereka telah melakukan dosa besar.Sebab itulah, balasannya mereka menjadi buta.

Sekali pun kejadian ini sudah lama, tetapi mudah-mudahan menjadi pengajaran. Kehilangan penglihatan mereka / buta merupakan azab dari Allah ke atas mereka.Tindakan meroboh Masjid Babry jelas sekali amat besar dosanya.

Ciri-Ciri Gadis Yang Baik Ciri-Ciri Gadis Yang Baik


1.Seorang perempuan yang beragama dan mempunyai sifat- sifat solehah serta takut akan Allah s.w.t. dan senantiasa menjauhkan diri daripada laranganNya dan perkara-perkara yang haram.

2.Disunatkan memilih seorang perempuan yang baik perangai dan akhlaknya kerana ianya akan membantu dalam menyempurnakan ibadah terhadap Allah s.w.t. Dinyatakan bahawa seorang pempuan yang buruk perangainya dan jahat lidahnya akan mendatangkan banyak mudarat di dalam sesebuah keluarga daripada manfaatnya melainkan suaminya itu adalah seorang yang sangat sabar orangnya dengan telatah dan kerenah isteri.

3.Disunatkan memilih perempuan yang elok rupa parasnya. Disarankan untuk memilih seorang perempuan yang cantik rupa parasnya kerana dengannya semoga akan terhindar keinginan lelaki tersebut untuk memandang akan perempuan yang lainnya. Namun di ingatkan lagi bahawa di tegah untuk mengahwini seorang perempuan yang cantik tetapi tidak mempunyai agama.Dalam hal ini kita disarankan juga untuk memilih seorang perempuan yang kurang elok dari segi paras rupanya asalkan perempuan tersebut kuat beragama dam berakhlak mulia jika perkahwinan tersebut semata-mata untuk mengikut sunnah Nabi s.a.w dan untuk mendapatkan zuriat serta untuk membantunya mentadbirkan rumahtangganya, dan kebanyakkan orang-orang alim dan soleh memilih perempuan yang sebegini untuk dijadikan isteri.

4. Disunatkan untuk memilih seorang perempuan yang mas kahwinnya kurang / murah kerana
sabda Nabi s.a.w yang maksudnya :
“ Bermula yang terlebih baik perempuan itu ialah yang terlebih baik mukanya dan yang
terlebih murah isi kahwinnya”
Dan dalam hadist Nabi s.a.w. yang lainnya bermaksud:
“Setengah dari baraqah maka perempuan itu iaitu segerakan dipersuamikan dan di segerakan
rahimnya itu kepada beranak”

5. Disunatkan memilih perempuan yang banyak beranak / melahirkan zuriat kerana sabda Nabi s.a.w maksudnya ,“Lazimkan keatasmu berkahwin dengan perempuan yang banyak anak dan perempuan yang banyak kasih sayang ke atas suaminya

6. Disunatkan memilih perempuan yang masih anak dara kerana menurut Nabi s.a.w apabila mengahwini perempuan (anak dara) akan menjadi lebih mesra perhubungan antara suami dan isteri.

7. Di sunatkan memilih perempuan yang berasal dari bangsa yang baik iaitu perempuan itu terdiri daripada anak cucu dikalangan orang yang beragama dan anak cucu dari orang yang soleh serta alim kerana menurut sabda Nabi s.a.w yang maksudnya “Pilih olehmu akan perempuan yakni tempat bagi mani kamu itu maka kerana bahawa sesungguhnya gemar itu terlebih mengekalkan”

8. Disunatkan memilih perempuan yang bukan dari kerabat yang hampir kerana yang demikian
itu mengurangkan syahwat. Sabda Nabi s.a.w pula menyebut yang bermaksud :
“Jangan kamu kahwin akan perempuan dari kerabat yang hampir maka bahwa sesungguhnya
anak itu dijadikan daif tubuhnya”

Surat Rasulullah Kepada Hercules




Assalamualaikum..Ketika hayat Rasulullah, baginda begitu gigih menyebarkah dakwah Allah ke serata alam. Matlamat mendaulatkan agama Allah di muka bumi sentiasa menjadi asas kepada perjuangan baginda. Lantas, baginda pernah mengirimkan sepucuk suratkepada pemerintah Rom, Hercules sebagai salah satu agenda dakwah baginda. Apa yang ditulis baginda? Jom kita tengok surat surat baginda:
"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, daripada Muhammad Pesuruh Allah kepada Hercules Pembesar Rom, salam sejahtera kepada sesiapa yang mengikut petunjuk. Seterusnya, aku menyeru kamu dengan seruan Islam, terimalah Islamnescaya kamu selamat. Allah akan memberikan kamu dua ganjaran. Jika kamu enggan, kamu menanggung dosa rakyat bawahanmu.
Kemudian baginda menulis firman Allah (maksudnya):”Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah yang sama antara kami dan kamu; Iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan dengannya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yangdipuja selain dari Allah”. Kemudian jika mereka (ahli kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: “Saksikanlah bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam” –Ali ‘Imran: 64." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).


Isi utama surat beliau ialah sesiapa yang menghalang kebenaran daripada tersebar, maka dosa segala orang-orang di bawahnya dan yang dihalangi daripada menerima kebenaran akan ditanggung olehnya. Masyaallah. Bayangkan betapa ramai yang sanggup memesongkan dan menyembunyikan kebenaran hanya kerana ketamakan harta, kuasa, kepentingan politik dan kepentingan peribadi. Berhati-hatilah. Dosa kita sendiri pun sudah tak terhitung, inikan pula menanggung dosa orang lain. Berkatalah benar walaupun pahit

dompet dijumpai setelah hilang 34 tahun..adedeh



Seorang bekas petani telah mengalami satu kejutan sangat ajaib baginya iaitu apabila dompetnya telah dijumpai setelah hilang selama 34 tahun akibat jatuh didalam loteng sebuah rumah.

Pada mulanya Gean Brown Jr telah pun melupakan hal dompet tersebut ketika ianya hilang bila dia sedang memasang paip dirumahnya pada tahun 1976.Tapi dia tidak menjangka akan menerima panggilan daripada pemilik rumah tersebut sekarang dan mahu memulangkan dompet tersebut.

Di dalamnya masih terdapat kad namanya,gambar dia ketika berkhidmat di Navy dan juga gambar awek dia yang sekarang ni dah sah jadi isteri dia. So pelajaran di sini, jangan mudah give up kalau kita hilang sesuatu.. hehe

KEJAM!! Tampal mulut bayi





KESAL...Shaherah menunjukkan laporan polis yang dibuatnya sambil Norhashimah (kiri) menunjukkan gambar anaknya, Ahmad Afiq yang ditampal pita pelekat.

JOHOR BAHRU: Marah kepada majikan, dua pengasuh sebuah pusat asuhan di Taman Kota Masai, dekat sini, bertindak kejam menampal pita pelekat pada mulut bayi jagaan mereka manakala tubuh pula dililit ketat dengan kain bedung.

Tidak cukup dengan itu, dua pengasuh terbabit turut membuat rakaman video gambar tujuh bayi di bawah jagaan mereka itu sebelum rakaman berkenaan diedarkan kepada umum.

Berikutan perbuatan khianat dua wanita berusia 20 dan 22 tahun itu, pemilik pusat asuhan berkenaan, Shaherah Abd Malik berdepan pelbagai masalah untuk menjelaskan apa sebenarnya berlaku kepada pelbagai pihak yang memandang serong terhadapnya.

“Ini perbuatan khianat. Hakikatnya, saya dan pengasuh lain tidak pernah mengabaikan kebajikan bayi serta kanak-kanak yang dihantar ke pusat asuhan kami.

“Dua bekas pekerja saya itu sengaja berbuat demikian bagi merosakkan nama baik dan perniagaan saya,” katanya

P\S anak yg kecil itu umpama intan permata kpd ibubapa!!!

Tuesday, 28 February 2012

CPU Core i7 3820 terbaru



CPU Core i7 3820 terbaru dari Intel



CPU Core i7 3820 akhirnya secara rasmi dikeluarkan Intel seperti dijanjikan.

Khabarnya CPU Core i73820 akan memberikan pengalaman menakjubkan kepada penggemar permainan video di komputer. Ini kerana pengguna dikatakan dapat menikmati pengalaman permainan video yang hebat.
CPU Core i7 3820 memiliki kepantasan 3.6GHz dan 10MB cache dengan kos pembuatan yang tidak semahal jika dibandingkan Core i7-3930K dengan kecepatan 3.2GHz dan 12 MB Cache yang memakan kos hampir dua kali lipat ganda.
Cip ini juga dikatakan dibekal dengan Intel’s Turbo Boost dan teknologi Hyperthreading. Core i7 3930K dan Core i7 3960X adalah Xeon E5s.

Bahana Meninggalkan Solat Fardu Lima Waktu




Wahai sahabat pembaca yang disayangi. Mari kita renung sama-sama. Mengapa masih ramai antara kita memandang enteng pada solat. Sedangkan jika mereka tahu betapa azabnya balasan meninggalkan satu waktu solat, pasti akan menangis menyesali kehidupan hari semalam.

Sahabat, sama-sama kita tanam satu kesedaran yang berpanjangan. Bayangkan kita kini berada di hadapan api neraka. Baru kita nak menyesal tetapi apakan daya, semuanya sudah terlambat. Dunia dah makin tua. Esok lusa kiamat akan tiba. Sempatkah kita? Renung-renungkan sahabat.

Bahana Meninggalkan Solat Fardu Lima Waktu
Subuh – Allah SWT akan mencampakkannya kedalam neraka Jahannam selama 60 tahun. Sahabat sekalian, 1 tahun di akhirat tidak sama dengan dunia. Jika 1 tahun di dunia kita sudah rasa agak lama, di akhirat 1 tahun bersamaan dengan 60,000 tahun di dunia. MasyaAllah. 7 keturunan kita pun belum lepas 1 tahun jika kita hidup di akhirat.

Zuhur – Dosa sama seperti membunuh 1000 orang muslim. Sedangkan membunuh seorang orang Islam pun kita akan dicampakkan ke neraka, bayangkan kita telah membunuh 1000 orang muslim. Betapa azabnya kita. Begitu mudah kita mencari dosa tersebut hanya dengan meninggalkan solat Zuhur yang mana jika dilakukan, 15 minit pun tak sampai.

Asar – Dosa sama seperti meruntuhkan Ka’abah. MasyaAllah, sanggupkah kita meruntuhkan kiblat umat Islam? Renungkan berapa kali sudah kita meninggalkan solat asar dengan sengaja? Dan renungkan juga berapa kali sudah kita meruntuhkan Ka’abah.

Maghrib – Dosa sama seperti berzina dengan ibubapa sendiri. Saya tak sanggup nak menyedarkan diri saya dengan lebih panjang akan dosa meninggalkan solat maghrib ini. Rasa amat bersalah dengan ibu saya sendiri.

Isyak – Allah SWT berseru kepada mereka “Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal dibumiKu dan menggunakan nikmat-nikmatku, segala yang digunakan dan dikerjakan adalah berdosa kepada Allah SWT.”Sahabat Oh! Islam sekalian, ketika anda membaca artikel ini anda masih menyedut udara untuk bernafas. Adakah udara itu diredhai Allah SWT? Jika Allah mengenakan charge RM10 setiap kali kita menyedut udara, sudah tentu baru ramai antara kita yang akan tersedar dari tidur.

Artikel ini adalah artikel berpesan-pesan pada diri saya yang hina ini. Ya Allah, ampunkan dosa-dosa kami. Kuatkanlah iman kami dan cekalkan hatiku untuk mencari jalan kebanaran yang Kau redhai. Amin ya Rabbal Alamin.

Sahabatku sekalian, bangunlah dari tidur. Sembahyanglah kamu sebelum kamu yang disembahyangkan.

Jika anda mempunyai masa yang lebih untuk meneruskan bacaan, maka kami berharap dapatlah kita sama-sama membaca azab Allah kepada kita samaada kita sedar atau tidak.

Antara azab bagi mereka yang meninggalkan solat.

Dunia
1. Allah SWT menghilangkan berkat dari usaha dan rezekinya.
2. Allah SWT mencabut nur orang-orang mukmin (soleh) daripada (wajah) nya.
3. Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.

Sakaratul Maut
1. Ruh dicabut ketika ia berada didalam keadaan yang sangat haus.
2. Dia akan merasa amat azab/pedih ketika ruh dicabut keluar.
3. (su’ul khatimah)
4. Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.

Alam Barzakh
1. Dia akan merasa susah (untuk menjawab) terhadap pertanyaan (serta menerima hukuman) dari Malaikat Mungkar dan Nakir yang sangat menggerunkan.
2. Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
3. Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang-tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari)
4. (Siksaan binatang-binatang bisa seperti ular, kala jengking dan lipan)

Hari Qiamat
1. Hisab keatasnya menjadi sangat berat
2. Allah SWT tersangat murka kepadanya.
3. Allah SWT akan menyiksanya dengan api neraka.

Nota : Saudara-saudaraku, ingatlah, jangan kita menganggap solat jemaah itu satu perkara kecil kerana ianya termasuk dalam sunat mu’akkad yang sangat dituntut – ada yang mengatakan ianya adalah fardhu kifayah.

Mazhab Kristian yang 'mirip' Islam

Seumur hidup tidak pernah dengar tentang salah satu cabang mazhab kristian ini. Sebuah mazhab dalam agama Kristian, cara peribadatannya hampir sama dengan Islam. Sukar membezakan kristian gaya baru?

Waktu Maghrib telah tiba. Belasan orang di Hotel Sahid Surabaya itu bergegas solat. Semuanya berkopiah dan dipimpin seorang imam. Jangan keliru, mereka bukan kaum Muslimin yang sedang menunaikan kewajiban solat Mahgrib. Mereka adalah jamaah Kristian Ortodok. Kristian Ortodok, sebuah mazhab dalam agama Kristian. Kemungkinan orang awam akan terkeliru sebab aliran ini memang sangat mirip Islam. Bukan saja asalnya serumpun, tapi juga ritual dan tatacara peribadatannya hampir sama. Tengoklah cara mereka solat.


Selain berkopiah dan dipimpin seorang imam. Ketika berjamaah, mereka juga memakai bahasa Arab. Rukun solatnya pun hampir sama. Ada ruku' dan sujud. Bezanya, bila kaum Muslimin diwajibkan solat 5 kali sehari, penganut Kristian ortodok lebih banyak lagi, 7 kali sehari setiap 3 jam; masing-masing dua rakaat. Mereka menyebutnya: sa'atul awwal (fajar/shubuh), sa'atuts tsalis (dhuha), sa'atus sadis (dhuhur), sa'atut tis'ah (ashar), sa'atul ghurub (maghrib), sa'atun naum (Isya'), dan sa'atul layl (tengah malam).

Hal yang sama juga pada amalan puasa. Puasa wajib bagi orang Islam dilakukan selama sebulan dalam setahun, dikenal dengan shaumu ramadhan. Sedang pada Kristian ortodok disebut shaumil kabir (puasa 40hari berturut-turut) yang dilakukan sekitar bulan April. Jika dalam Islam ada puasa sunat Isnin - Kamis, pada kristian ortodok dilakukan pada Rabu dan Juma'at, dalam rangka mengenang kesengsaraan Jesus Kristus. Selain solat dan puasa, jamaah Kristian ortodok juga membayar zakat. Zakat, dalam ajaran Kristian ortodok, adalah satu persepuluh dari pendapatan.

Kenapa ajaran ini muncul?


Ada pihak yang ragu ragu terhadap kemunculan mazhab ini sebab berpendapat untuk mengelirukan umat Islam. Tetapi saya tidak berpendapat sedemikian. Aliran ini muncul disebabkan segolongan kecil dalam komuniti kristian yang cuba mengamalkan apa yang di amalkan oleh nabi Isa as.

Sebagai Seorang Islam, kita seharusnya berdoa agar mereka semakin rapat dan mengenali Islam semoga dicerahkan hati menerima dan memeluk agama Islam. Elakkan dari berburuk sangka. Panjangkan langkah kita untuk menarik mereka ke dalam Islam berbanding mencaci mereka yang membuatkan mereka terus jauh dari Islam.
                                         Ajaran kristian Coptic yang sujud ketika sembahyang

Tiada alasan untuk tidak solat


Pelbagai alasan orang tak nak solat – seluar kotor lah (dah tau kotor kenapa pakai?) , tak sempat (sibuk pergi open house), tak ada masjid/surau dan yang paling menyedihkan apabila kawan tak solat kita pun tak solat kononnya takut dipanggil alim sedangkan solat adalah kewajipan kita.


Peringatan untuk diri sendiri juga anda – tiada alasan untuk ponteng solat. Malaikat di bahu kiri kita tidak pernah jemu mencatatkannya.


Semoga gambar-gambar di bawah memberi sedikit keinsafan kepada kita supaya tidak lalai menunaikan kewajipan kita sebagai seorang hamba.

























Rumah Yang Paling Kotor Dan Menjijikkan

Orang tua-tua dulu pernah bagi tahu, kalau kita nak menilai seseorang tu, yang paling utama sekali ada lah kebersihan..Dalam agama kita, Islam pun ada sebut yang menjaga kebersihan adalah perkara wajib dan elakkan dari kekotoran..

Cuba korang bayang kan, kalau orang yang korang kenal tu nampak macam bersih ajak korang datang rumah dia,tapi keadaan rumah dia macam ni??..Korang mesti terfikir, "dia ni bawak pergi rumah dia ke atau tempat sampah?"..Adakah korang sanggup nak duduk kat rumah dia?..Aku rasa mesti ada yang muntah hijau kat situ..hahahaha =D

Apa pun, korang layan je la gambar macam mana keadaan rumah orang yang sejak azali pengotor..eeeuuwwwwww!! jijikkkzzz!!


































p/s: entah apa jenis bau puaka dengan binatang yang wujud pun aku tak tahu..so, rajin-rajin la bersihkan rumah yee =D