Tuesday, 17 April 2012

Kesaksian Saintis Barat dan Moden akan Kebenaran Al-Quran

"
Ketinggian ilmu Al-Quran jelas melangkaui zaman. Di saat segelintir umat Islam mula menolak sebahagian kecil kandungan Al-Quran, anehnya, dunia Barat mula memberi perhatian yang serius terhadap Al-Quran. Amatlah menyedihkan apabila Islam dipandang sebagai agama yang kolot oleh pengikutnya, sedangkan dunia sains barat sendiri mengakui ketinggian ilmu-ilmu Islam.

Meskipun ramai dikalangan umat Islam memandang sinis pandangan saintis moden ini, namun, kita harus menjadikannya sebagai suatu medan dakwah yang berkesan kepada masyarakat berfikiran saintifik yang wujud pada hari ini. Islam adalah agama yang universal yang memenuhi kehendak pelbagai lapisan masyarakat.

1. Keith L Moore

“Sejak hampir 3 tahun, saya sudah bekerja bersama Jawatankuasa Embriologi King Abdulaziz University di Jeddah, Arab Saudi, menolong Jawatankuasa itu memahami banyak penyataan yang terdapat di dalam Al-Quran dan Sunnah yang berkaitan dengan pembiakan manusia dan pembentukan bayi di dalam kandungan. Pada awal-awal lagi, adalah amat menakjubkan saya akan ketepatan penyataan yang direkodkan pada kurun ke 7 Masihi , iaitu sebelum Sains Embriologi mula dibangunkan. Meskipun saya mengetahui akan kegemilangan Saintis Muslim pada kurun ke 10 Masihi, dan sebahagian daripada mereka menyumbang kepada kemajuan ilmu perubatan, saya tidak tahu langsung akan kenyataan agama dan kepercaaan (berkaitan saitifik) yang terkandung di dalam Al-Quran dan Sunnah.

Pada satu persidangan di Kaherah, semasa membentangkan satu kertas kerja,

“Adalah menjadi satu penghormatan buat saya untuk membantu memahami penyataan yang terkandung di dalam Al-Quran berkenaan dengan perkembangan (pembiakan) manusia. Adalah jelas bagi saya bahawa kesemua penyataan ini mesti datang kepada Muhamad daripada Tuhan, atau Allah, kerana hamper kesemua ilmu pengetahuan tersebut tidak ditemui sehinggalah beberapa kurun kemudian. Ini membuktikan kepada saya bahawa Muhamad sudah semestinya adalah seorang pesuruh Tuhan atau Allah”.
Profesor Moore juga pernah berkata,

“ Disebabkan proses perkembangan embrio manusia adalah kompleks, merangkumi proses perubahan yang berterusan sepenjang perkembangannya, seolah-olah dapat membentuk suatu sistem baru klasifikasi yang dapat digunakan daripada fasa-fasa yang dinyatakan didalam Al-Quran dan Sunnah. Sistem yang dinyatakan Al-Quran itu lebih mudah, konprehensif dan bersesuaian dengan ilmu embriologi semasa.”

“Kajian penyelidikan intensif Al-Quran dan Sunnah selama 4 tahun kebelakangan ini telah mendedahkan suatu sistem klasifikasi embrio manusia yang menakjubkan memandangkan ia direkodkan pada kurun ke 7 Masihi…, penjelasan Al-Quran itu tidak mungkin berdasarkan tahap pengetahuan saintifik kurun ke 7 Masihi…:

Keith L Moore adalah seorang Profesor Emeritus, Jabatan Anatomi dan Sel Biologi, Universiti Toronto. Merupakan seorang Pakar Embriologi terkenal dan merupakan penulis beberapa buah buku teks perubatan, termasuklah Clinically Oriented Anatomy (3rd Edition) dan The Developing Human (5th Edition, with T.V.N. Persaud).

Dr Moore juga merupakan bekas President Pertubuhan Anatomist Kanada (Canadian Association of Anatomists) dan Persatuan Anatomist Klinikal Amerika (American Association of Clinical Anatomists). Beliau dianugerahkan oleh Pertubuhan Anatomist Kanada dengan anugerah berprestij J.C.B. Grant Award dan pada tahun 1984, beliau menerima anugerah Keahlian Terhormat daripada Persatuan Anatomist Klinikal Amerika Honoured Member Award of the American Association of Clinical Anatomists) bagi kerja-kerja cemerlangnya dalam bidang anatomi klinikal.


2. E. Marshall Johnson
“ …secara ringkasnya, Al-Quran bukan sahaja menjelaskan perkembangan (luaran) fizikal manusia, tetapi turut menjelaskan proses perkembangan (dalaman) manusia, perkembangan pada peringkat embrio, bagaimana ia dicipta dan pembesarannya, dengan menekankan fasa-fasa kejadian yang diiktiraf oleh sains moden hari ini.”
“Sebagai saintis, saya cuma boleh memahami akan perkara yang secara spesifiknya saya boleh lihat. Saya boleh memahami embriologi dan perkembangan biologi. Saya boleh memahami maksud yang diterjemahkan kepada saya daripada Al-Quran. Dengan mengambil contoh yang saya berikan sebelum ini, sekiranya saya bayangkan bahawa saya berada pada era tersebut (semasa Al-Quran diturunkan kepada Muhamad), meskipun saya merupakan seorang pakar perubatan pada masa itu, saya tidak mungkin dapat menerangkan apa yang diterangkan oleh ayat itu (ilmu itu tidak mungkin berasal daripada manusia pada zaman itu).”

“Saya melihat tiada sebarang bukti yang mampu menyokong pendapat bahawa insan ini iaitu Muhamad mereka-reka maklumat ini daripada seseorang atau sesuatu tempat…, jadi saya lihat tiada satupun disini yang berlawanan dengan konsep kesucian ilmu (daripada Tuhan) sekiranya ia mampu ditulis (direka) oleh Muhamad…”
E. Marshall Johnson merupakan seorang Profesor dan Pengerusi Jabatan Anatomi dan Perkembangan Biologi, dan merupakan Pengarah Institut Daniel Baugh, Thomas Jefferson University, Philadelphia, Pennsylvania, Amerika Syarikat. Beliau merupakan penulis lebih 200 buah penerbitan, bekas President Teratology Society disamping tokoh-tokoh lain yang terkenal. Profesor Johnson mula berminat dengan petunjuk saintifik daripada Al-Quran pada Persidangan Perubatan Saudi ke-7, apabila suatu jawatankuasa khas dibentuk untuk menjalankan penyelidikan mengenai petunjuk –petunjuk saintifik Al-Quran dan Sunnah. Pada mulanya, Profesor Johnson enggan menerima sebarang kewujudan petunjuk sedemikian di dalam Al-Quran dan Sunnah. Namun, selepas mengadakan perbincangan dengan Seikh Zindani, beliau mula berminat dengan petunjuk-petunjuk saintifik berkenaan dan menumpukan kajiannya didalam perkembangan internal dan external fetus.

3. T.V.N. Persaud
“Bagi saya, Muhamad nampak seperti seorang manusia biasa, dia tidak boleh membaca, dia tidak boleh menulis, malah, dia juga seorang yang buta huruf…”

“Kita sedang bercakap mengenai 1400 tahun yang lalu, dan kamu mempunyai seorang yang buta huruf menyatakan sesuatu yang amat menakjubkan iaitu bertepatan dengan hokum saintifik…”

“Saya secara peribadi, tidak nampak bahawa semua ini adalah kebetulan, kerana terlalu banyak fakta yang amat tepat dan seperti Dr Moore, saya tidak mempunyai masalah untuk menyatakan bahawa semua ini berinspirasikan daripada sesuatu yang suci yang membolehkan dia menyatakan kesemua pernyataan ini.”
T.V.N Persaud adalah seorang Professor Anatomi dan Professor Paediatics dan Kesihatan Kanak-Kanak, University of Manitoba, Winnipeg, Manitoba, Kanada. Beliau juga merupakan seorang penulis buku yang menulis lebih 20 buah penerbitan dan telah menerbitkan lebih 181 buah penerbitan saintifik. Penulis bersama The Developing Human (5th Edition, with Keith L. Moore). Beliau menerima anugerah J.C.B. Grant Award pada 1991. Profesor Peraud juga pernah membentangkan beberapa kertas kerja penyelidikannya.

4 Joe Leigh Simpson
“ ..hadis-hadis ini tidak mungkin diperolehi daripada ilmu pengetahuan saintifik yang wujud pada masa ia dicatatkan. Ia bukan sahaja menyatakan bahawa tiada sebarang konflik diantara genetik dan agama (Islam), malah agamalah (Islam) yang mungkin menjadi garis panduan sains (hari ini) melalui pendedahan-pendedahan oleh kaedah-kaedah asas saintifik…Wujud pernyataan-pernyataan di dalam Al-Quran yang dibuktikan pada kurun-kurun kemudiannya sebagai sah menunjukkan ilmu pengetahuan didalam Al-Quran sebenarnya datang daripada Tuhan.”

John Leigh Simpson merupakan seorang Professor dan Pengerusi Jabatan Obstetrics dan Gynaecology, Baylor College of Medicine, Houston, Texas, Amerika Syarikat. Beliau adalah President American Fertility Society dan pernah menerima pelbagai anugerah, termasuklah Association of Professors of Obstetrics and Gynaecology Public Recognition Award pada 1992. Seperti kebanyakan yang lain, Professor Simpson amat kagum apabila mengetahui bahawa Al-Quran dan Hadis mengandungi ayat-ayat yang berkaitan dengan kepakarannya. Ketika bertemu Syeikh Abdul-Majeed A Zindani, beliau mendesaknya untuk mengesahkan teks yang ditunjukkan kepadanya adalah berasal daripada Al-Quran dan Hadis.

5. Gerald C. Goeringer
“…didalam beberapa ayat (Al-Quran) ini terkandung penerangan komprehensif berkenaan dengan proses pembentukan manusia bermula daripada percampuran gamet (sel suami dan sel isteri) melalui organogenesis (pembentukan sel asas yang baru). Tiada suatu yang jelas dan rekod yang lengkap mengenai proses pembentukan bayi manusia merangkumi klasifikasi, terminology dan penerangan berkaitan yang wujud sebelumnya. Malah, jika tidak kesemua kejadian pun, penerangan ini sebenarnya melangkaui beberapa kurun iaitu keterangan peringkat pembentukan embrionik dan pembentukan bayi dalam ilmu pengetahuan saintifik (ketika mula ditemui).
Gerald C. Goeringer adalah Professor dan Ko-ordinator Perubatan Embriologi di Jabatan Sel Biologi, Fakulti Perubatan, Georgetown University, Washington DC, Amerika Syarikat. Syeikh Abdul Majeed A. Zindani telah bertemu dengan Professor Goeringer dan bertanya samada terdapat dalam sejarah awal bidang embriologi sebarang teks yang menerangkan dengan lengkap peringkat-peringkat embrio, ataupun sebarang teks yang berkaitan dengan bidang embrionik pada masa Nabi Muhammad s.a.w. Syeikh Zindani juga turut bertanyakan pendapatnya mengenai kalimah-kalimah yang terdapat didalam Al-Quran yang menerangkan fasa-fasa yang berlainan proses pembentukan bayi manusia. Selepas perbincangan yang panjang, beliau membentangkan kajiannya pada Persidangan Perubatan Saudi ke 8.

6. Alfred Kroner
“Apabila memikirkan daripada mana Muhammad datang…, saya fikir adalah mustahil untuk beliau dapat mengetahui pelbagai perkara (hukum sains) seperti pembentukan alam semesta, kerana para saintis cuma dapat mengetahuinya dalam masa beberapa tahun kebelakangan ini dengan penuh kerumitan, itupun dengan penggunaan kaedah teknologi termaju dalam konteks ini (pembentukan alam semesta).

“Seseorang yang tidak mengetahui sesuatu mengenai nuklear fizik pada 1400 tahun yang lalu, saya fikir tidak sesekali mungkin dapat mengatakan sesuatu daripada pemikirannya bahawa bumi dan langit berasal daripada penciptaan yang sama, dan pelbagai lagi persoalan yang kita bincangkan disini.

“Sekiranya kamu gabungkan kesemua ini dan kamu gabungkan kesemua pernyataan yang dinyatakan Al-Quran dalam konteks yang berkaitan dengan bumi dan pembentukan bumi dan sains secara keseluruhannya, kamu boleh nyatakan secara umumnya bahawa pernyataan tersebut dalam pelbagai sudut adalah benar, dan ia dapat disahkan sekarang dengan menggunakan kaedah saintifik, dan secara umumnya, dapat kamu katakan bahawa Al-Quran adalah sebuah buku sains ringkas untuk manusia biasa. Dan pelbagai pernyataan yang terkandung didalamnya semasa ia di sampaikan Muhamad tidak mungkin dapat dibuktikan pada masa itu, tetapi kaedah saintifik moden kini mampu membuktikan apa yang dikatakan Muhamad 1400 tahun yang lalu”.
Alfred Kroner adalah seorang Professor di Jabatan Geosains, University of Mainz, Jerman. Beliau adalah salah seorang daripada saintis geologist terkemuka dunia, mula dikenali apabila mengkritik teori-teori saintis utama yang lain dalam bidang geosains.

7. Yushidi Kusan
“Bagi saya, saya amat mengkagumi penemuan sebenar astronomi yang terkandung dalam Al-Quran, dan bagi ahli astronomi moden seperti kami, cuma mengkaji sebahagian kecil daripada alam semseta. Kami menumpukan keseluruhan usaha kami bagi memahami sebahagian kecil sahaja (daripada alam semesta), kerana dengan menggunakan teleskop, kami cuma mampu melihat sebahagian kecil sahaja daripada langit tanpa memikirkan keseluruhan alam semesta. Jadi dengan membaca Al-Quran, dan menjawab persoalan-persoalan itu, saya fikir saya dapat menemui cara baru untuk menyiasat alam semesta.

Yushidi Kusan adalah Pengarah Balai Cerap Tokyo, Jepun. Syeikh Abdul Majeed A.Zindai membentangkan sebahagian ayat Al-Quran yang menerangkan permulaan alam semesta dan ruang angkasa, dan hubungan diantara langit dan bumi. Beliau menyatakan kekagumannya, dengan menyatakan Al-Quran menerangkan alam semesta seolah-olah keseluruhan alam semesta ini dilihat daripada suatu puncak yang amat tinggi, kesemuanya jelas dan tersusun.

8 Professor Armstrong
Professor Armstrong ditanya beberapa soalan berkenaan ayat-ayat Al-Quran yang berkaitan dengan kepakarannya. Akhirnya beliau ditanya, “ kamu telah melihat dan menemui penemuan sebenar hukum tabi’e astronomi moden menggunakan peralatan moden, roket dan satelit yang dicipta manusia. Kamu juga telah melihat fakta yang sama yang dinyatakan Al-Quran pada 1400 tahun yang lalu. Jadi apakah pendapat kamu?
Itu adalah persoalan yang sukar yang telah saya fikirkan semenjak perbincangan kita. Saya amat kagum bagaimana tulisan yang begitu kuno(lama) ini nampaknya sepadan dengan ilmu astronomi moden dan semasa. Saya bukanlah seorang ahli dalam sejarah peradaban manusia dan saya mempercayai keadaan yang telah didedahkan pada 1400 tahun yang lalu.
Semestinya, saya lebih suka membiarkan ia sebegitu, yang kelihatan mengkagumkan, mungkin ada atau mungkin tiada penjelasan saintifik mengenai hal itu, mungkin ia adalah sesuatu diluar kefahaman kita sebagai manusia apabila memikirkan tulisan yang kita lihat itu (Al-Quran).

Professor Armstrong berkhidmat dengan NASA dan merupakan seorang Professor Astronomi di Universiti of Kansas, Texas, Amerika Syarikat.

9. William Hay
Professor Hay adalah Professor Oceanografi, University of Colorado, Amerika Syarikat. Beliau adalah salah seorang saintis terbaik di Amerika Syarikat. Syeikh Abdul Majeed A Zindani yang bertemu dengannya dan bertanyakan pelbagai soalan mengenai permukaan laut, pembahagian diantara bahagian atas dan bawah lautan, dan mengenai dasar lautan dan geologi marin.

“Saya mendapati bahawa ia amatlah menakjubkan yang pengetahuan ini terdapat di dalam skrip lama Kitab Suci Al-Quran, dan saya sendiri tidak tahu dari mana ia mungkin dating. Tetapi saya fikir, adalah amat mengkagumkan bahawa yang penrnyataan itu sememangnya terdapat dalam Al-Quran, dan kerja ini akan diteruskan untuk mengetahui rahsia pernyataan yang terdapat dalam Al-Quran itu.
Apabila ditanya mengenai sumber asal Al-Quran, dia menjawab, “ Jadi, saya fikir ia mungkin datang daripada sesuatu yang suci dan hebat.”

10. Durja Rao
Beliau adalah seorang Professor Geologi Marin di Universiti Raja Abdulaziz, Arab Saudi. Syeikh Zindani membentangkan kepadanya beberapa ayat yang berkaitan dengan kepakarannya dan Durja Rao ditanya, “Bagaimanakah kamu melihat maklumat saintifik yang dinatakan di dalam Al-Quran? Bagaimana mungkin Nabi Muhammad dapat mengetahui fakta-fakta ini 1400 tahun yang lalu?
“Adalah sukar untuk membayangkan bahawa pengetahuan sebegini wujud pada masa itu, iaitu pada 1400 tahun yang lalu. Mungkin sebahagian daripadanya adalah idea ringkas, tetapi untuk menerangkannya secara amat terperinci adalah suatu perkara yang sukar. Jadi, ini bukanlah pengetahuan biasa manusia. Manusia biasa tidak mungkin dapat menerangkan fenomena ini secara terperinci. Jadi, saya rasa, maklumat ini semestinya datang daripada sesuatu yang ghaib”.

11. Professor Siaveda
Professor Siaveda adalah seorang Professor Geologi Marin daripada Jepun. Ketika ditanya beberapa soalan yang berkaitan dengan kepakarannya, dan kemudiannya dimaklumkan beberapa ayat Al-Quran dan petikan Hadis yang menatakan fenomena yang dijawab sebelum ini. Salah satu darinya ialah berkenaan dengan gunung. Syeikh Zindani bertanya mengenai rupa bentuk gunung, adakah ianya berdiri pegun diatas bumi ,”Apakah pendapat kamu mengenai ayat yang kamu baca ini yang terdapat di dalam Al-Quran dan Hadis yang berkaitan dengan rahsia alam semesta, dimana para saintis cuma baru mengetahuinya kebelakangan ini?
“Saya fikir, nampaknya ia kelihatan begitu misteri dan amat tidak masuk akal. Saya benar-benar berfikir bahawa sekiranya apa yang kamu nyatakan itu benar, maka buku itu (Al-Quran) adalah sebuah buku yang amat mengkagumkan. Saya amat bersetuju dengannya.”

12. Tejatat Tejasen
Professor Tejasen adalah Pengerusi Jabatan Anatomi dan bekas Dekan Fakulti Perubatan, Universiti Chiang Mai, Thailand. Beliau meneliti dan mempelajari beberapa artikel berkenaan dengan Al-Quran dan ilmu embriologi moden. Beliau menghabiskan masa selama 4 hari bersama ilmuan, ulama, orang Islam dan bukan Islam, membincangkan fenomena yang dinyatakan oleh Al-Quran dan Hadis. Pada Persidangan Perubatan Saudi ke-8, beliau berdiri dan menyampaikan ucapan,

“Selama 3 tahun, saya berminat terhadap Al-Quran. Daripada kajian saya dan apa ang telah saya pelajari daripda persidangan ini, saya percaya bahawa apa yang dinyatakan Al-Quran 1400 tahun dahulu adalah benar, dan dapat pula dibuktikan dengan menggunakan kaedah saintifik. Memandangkan Nabi Muhammad tidak boleh menulis dan membaca, Muhammad semestinya adalah seorang utusan yang menyampaikan kebenaran yang disampaikan kepadanya sebagai suatu wahyu oleh sesuatu yang layak dipanggil pencipta. Pencipta itu semestinya adalah Tuhan, atau Allah.

Saya fikir, ini adalah masanya untuk saya mengucapkan La ilaha illa Allah, tiada Tuhan yang disembah selain Allah, Muhammad itu adalah Pesuruh Allah.
Perkara yang amat berharga yang dapat saya perolehi daripada Persidangan ini ialah La ila ha illa Allah, dan menjadi seorang muslim.
Sesungguhnya kemukjizatan Al-Quran amat jelas sehingga para saintis moden sendiri mengakuinya. Kemukjizatan Al-Quran menurut ulama Ulumul Quran terbahagi kepada tiga, iaitu kemukjizatan dari segi bahasa, kemukjizatan dari segi hukum dan kemukjizatan dari segi ilmiah. Dalam konteks ini, jelas kemukjizatan Al-Quran tidak dapat ditandingi oleh ciptaan manusia. Memang benar firman Allah, bahawa sekiranya Al-Quran itu palsu, sudah pasti akan terdapat banyak percanggahan fakta di dalamnya.

Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi-isi Al-Quran? Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya.
(Surah an-Nisa:82)

Di dalam sebuah hadis, diterangkan bahawa mukjizat Rasul yang terakhir ini akan memberikan sinar keimanan kepada hati yang mahu mengakuinya sebagaimana yang dialami oleh saintis perubatan daripada Thailand di atas. Mukjizat ini cuma boleh di rasai bagi orang yang benar-benar mengerti. Sabda Rasulullah s.a.w

“Tiada seorang nabi kecuali diberi mukjizat yang dapat membuat manusia beriman kepadanya. Tetapi apa yang diberikan kepadaku adalah wahyu yang datangnya daripada Allah. Kerana itu, aku berharap semoga kiranya aku menjadi nabi yang paling banyak pengikutnya.”

Hadis diatas jelas menunjukkan kepada kita bahawa Nabi Muhammad diberikan mukjizat yang jelas berbeza daripada Rasul-Rasul sebelumnya, iaitu sebuah kitab yang berisikan ilmu pengetahuan. Al-Quran sebenarnya bukanlah sebuah kitab sains, tetapi mukjizat yang dinyatakannya adalah untuk membuktikan bahawa Al-Quran adalah benar-benar daripada Allah sebagaimana firman Allah dalam surah An-Nisa ayat 82 di atas. Rasulullah s.a.w mengetahui bahawa, meskipun hayatnya pendek, namun, Al-Quran akan terus ditatap dan dibaca oleh sesiapa sahaja hingga ke akhir zaman, dan tempoh masa yang panjang ini menjanjikan jutaan manusia untuk membacanya, bersesuaian dengan harapan Rasulullah s.a.w. untuk menjadi Nabi yang mempunyai ramai pengikutnya.


*Disunting dan ditulis semula oleh penulis daripada penulisan Elias Karim berdasarkan This is the Truth oleh Sheikh Abdul-Majeed A. al-Zindani, Pengarah, Projek Keajaiban Saintifik Didalam Al-Quran dan Sunnah, Universiti Raja Abdulaziz, Jeddah, Arab Saudi."

Thursday, 12 April 2012




Sejarah pemakaian tudung kepala ini sebenarnya bermula berkurun lamanya sebelum kedatangan Islam. Sejarah Judeo-Kristianmembuktikan pemakaian tudung kepala diamalkan oleh rahib wanita mereka. Dengan kedatangan Islam, wanita diperintahkan Allah untuk melabuhkan tudung kepala mereka menutupi belahan dada. Menurut hadis yang diriwayatkan Bukhari, Aisyah r.a menceritakan kisah ketika Surah An Nur ayat 31 diturunkan di Madinah wanita mukmin Ansar dan Muhajirin terus melaksanakan perintah ini serta-merta tanpa banyak soal dengan mencari apa sahaja kain di sekeliling mereka lalu bertudung dengannya sebagai membenarkan dan membuktikan iman kepada apa yang Allah perintahkan. Petanda keimanan mereka terserlah dengan sikap Sami’na Wa’ato’na (Kami mendengar dan kami taat) terhadap apa jua perintah dan ketetapan Allah tanpa perlu melihat rasional dan hikmah yang terselindung di sebalik perintah tersebut.
Pemakaian tudung oleh rahib Kristian


Dengan berlalunya masa, kemerosotan iman dan penghayatannya berlaku di kalangan umat Islam. Penjajah pemikiran dan sekutunya bertungkus-lumus menjauhkan umat Islam daripada ajaran Islam yang sebenar. Antara usaha mereka adalah menanggalkan tudung dari kepala wanita Islam. Mereka berjaya meyakinkan wanita bahawa untuk maju, mereka harus mengikut budaya Barat dan bebas daripada penindasan agama melalui cara berpakaian. Cara hidup sekular dan propaganda pembebasan wanita pun dimainkan.


 
SHAH IRAN 


Shah Iran pada tahun 1936 misalnya memulakan polisi membuka tudung wanita dan memaksa mereka berpakaian cara Barat. Pemandu teksi akan dikenakan denda sekiranya membawa wanita bertudung dan polis disuruh mencabut tudung wanita yang berjalan di jalanraya. Malah arahan diberikan supaya tudung wanita ini dikoyakkan sekiranya mereka memakainya di khalayak umum. Di Malaysia sendiri sebelum tahun 1970-an, amat jarang wanita memakai tudung kecuali mereka di pedalaman dengan fesyen menampakkan jambul.


Dengan bermulanya era kebangkitan Islam zaman 1970-an dan 1980-an, wanita kembali kepada penghayatan Islam yang sebenar. Mereka menyedari kewajiban menutup aurat dan dengan kesedaran dan kerelaan sendiri mereka mula memakai tudung. ‘Tudung dakwah’ adalah sinonim dengan cara pemakaian tudung yang betul mengikut syariat selari dengan golongan dakwah yang mengamalkannya.


Lama-kelamaan amalan ini meresap ke dalam masyarakat sehingga menjadi semacam kewajiban yang tersirat dan dijadikan sebahagian pakaian seragam sekolah. Akibatnya, kian ramai yang mengenakan tudung hanya kerana terpaksa, sebagai pakaian seragam ataupun kerana mengikut perkembangan fesyen semasa dan bukannya bersandarkan kefahaman dan kesedaran untuk mengamalkan syariat Allah. Tidak sedikit yang mencemari kesucian tudung yang dipakai dengan terlibat dalam pelbagai kelakuan yang tidak bermoral lagi sumbang.


Namun, fenomena ini juga tidak bertahan lama. Idea-idea asing atas nama pembebasan wanita dan perjuangan menuntut hak wanita mula bertapak di Malaysia, kali ini dalam bentuk pemikiran Islam Liberal yang mempersoalkan hal tudung ini. Menggunakan platform kebebasan individu utnuk mengamalkan agama dan hak asasi manusia, mereka mempersoal dan menimbulkan kekeliruan yang bukan sedikit dalam masyarakat.


Beberapa peristiwa mutakhir di Malaysia menunjukkan keruncingan kemelut tudung ini. Antaranya:


• Pengetua SMK Abdullah Munshi di Pulau Pinang, melarang pelajarnya yang berumur 15 hingga 18 tahun daripada mewakili sekolah dalam perlawanan bola jaring peringkat negeri kerana membuka tudung semasa bermain [News Straits Times 23 Mac 2006];


• Di Pahang, seorang guru di sebuah sekolah aliran agama, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Teluk Sentang telah menggunting tudung labuh pelajarnya seramai 65 orang kerana tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh mereka [Utusan Malaysia bertarikh 25 Februari 2006];


• Seorang pegawai Akaun, Habsah Jaafar dibuang kerja kerana majikannya, Hotel Renaissance tidak membenarkan beliau memakai tudung semasa bekerja [Utusan Malaysia 27 Februari 2006];


• Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Omar Bakri semasa bertugas pernah memeranjatkan banyak pihak dengan kenyataannya mewajibkan polis wanita wanita memakai tudung semasa bertugas dengan alasan keseragaman [News Straits Times 22 Mac 2006]; Namun isu ini diredakan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia yang menyatakan bahawa pemakaian tudung hanyalah pilihan, bukan wajib, kecuali untuk perbarisan rasmi, di mana mereka perlu mengikuti peraturan [Mingguan Malaysia 26 Mac 2006];


Sebelum ini, isu pemakaian tudung pelajar MRSM dan Universiti Islam Antarabangsa telah pun mencetuskan kontroversi. Antara hujah mereka yang menentang penguatkusaan tudung sebagai pakaian seragam samada di sekolah mahupun dalam pasukan beragam adalah kerana ia kononnya mencabuli kebebasan individu dan menurut mereka terdapat khilaf ulama berhubung bentuk pakaian wanita Islam khususnya dalam pentafsiran Surah An Nur ayat 31. Mereka mahukan ayat ini ditafsir semula mengikut citarasa dan kehendak nafsu mereka. Sedangkan jumhur ulama sebenarnya sudah sepakat berhubung dengan maksud ayat ini dan meletakkan garis panduan cara berpakaian bagi wanita dan lelaki menurut syariat (lihat di bawah).

Di peringkat antarabangsa pula, isu tudung bagi wanita Islam terus mencetuskan kontroversi. Kes Ahli Parlimen terkemuka Turki, Merve Safa Kavakci daripada Parti Kebaikan Turki yang dipecat kerana bertudung.


Shabina Begum, 17 tahun di London dan empat pelajar Singapura yang dinafikan persekolahan juga kerana bertudung, terus menjadi antara kes sekularisme vs Islam yang akan tersimpan dalam lipatan sejarah.


Selain itu, tindakan Perancis mengharamkan pemakaian tudung di sekolah awam telah mencetuskan demonstrasi besar-besaran di Eropah menentang tindakan yang tidak bertamadun ini. Ribuan wanita turun membanjiri jalan raya London membawa sepanduk menegaskan bahawa hijab adalah satu kewajiban dan menjadi pilihan wanita Islam untuk mengamalkan ajaran agama mereka. Hijab juga melambangkan kebebasan, bukan penindasan terhadap kaum wanita. Dengan berhijab, wanita menuntut supaya mereka dinilai dan dilihat atas dasar keimanan dan kebijaksanaan serta budi pekerti dan bukan hanya bahan tontonan objek **** semata-mata.


Bagaimana pula sikap kita yang sedang membaca?


Tudung dan Syariat


Isu tudung tidak seharusnya menjadi polemik dalam masyarakat. Ia bukan soal etika berpakaian. Bagi Muslim, menutup aurat adalah perintah agama yang wajib dilaksanakan. Orang yang menggunakan ayat Allah dalam permulaan ayat 256 Surah Al Baqarah yang bermaksud “Tiada paksaan dalam agama…” sebagai sandaran tidak boleh menguatkuasakan perintah bertudung telah melakukan kebatilan dalam agama. Memang benar tiada paksaan dalam menganut agama Islam. Namun, setelah yakin Islam adalah ajaran hidup yang benar, semua umat Islam tidak terkecuali daripada menjalankan peritah Allah secara keseluruhannya sebagaimana firman Allah dalam surah yang sama pada ayat awal dari surah Al Baqarah ayat 208 yang bermaksud:


"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh ia musuh yang nyata bagi kamu"


Perihal kewajiban menutup aurat telah dijelaskan secara terperinci oleh Allah dalam surah An Nur ayat 31 bermaksud:


"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka;


Golongan Islam Liberal menghujah bahawa kalimat khumur sebagai sekeping kain untuk menutup dada (maka cukup dengan memakai selendang di dada tanpa perlu menutup rambut) sedangkan tafsiran jumhur ulama adalah melabuhkan tudung yang sedia dipakai itu menutup rambut dan menutup belahan dada.


Cara Menutup Aurat – Panduan Syariat


Al Quran dan As Sunnah tidak memperincikan bentuk atau warna hijab atau tudung (sebahagian makna dari hijab), mahupun pakaian yang harus digunakan oleh wanita Muslim. namun, ulama memberikan garis panduan cara berpakaian mengikut landasan syariat. Antaranya ialah:

Tiada bentuk atau fesyen tertentu bagi pakaian wanita Islam
Pakaian mestilah menutup seluruh anggota aurat dengan sempurna
Pakaian mestilah longgar dan tidak nipis supaya tidak menonjolkan susuk tubuh
Tidak dengan tujuan untuk bermegah seperti memakai pakaian yang melampau mahalnya, fesyen dan warna yang ketara sehingga membezakannya dengan orang lain dan menarik perhatian
Tidak terlampau zuhud dengan memakai pakaian yang terlalu lusuh sehingga menimbulkan ujub dalam diri
Tidak menyerupai pakaian lelaki
Hijab – Satu Sistem Sosial yang Lengkap


Perintah untuk kita mengamalkan Islam secara keseluruhannya mempunyai makna yang mendalam sebab Islam merupakan satu cara hidup yang lengkap yang akan menjamin kesejahteraan hidup umat manusia sekiranya dilaksanakan dengan sempurna. Salah satu daripada peraturan hidup Islam adalah sistem hijab iaitu satu peraturan sosial yang mengatur kehidupan manusia terutamanya dalam hal-hal yang membabitkan perhubungan dan pergaulan antara lelaki dan wanita. Perintah ini tidak hanya untuk wanita, malah mesti dilaksanakan dan dipatuhi oleh kaun lelaki sebagaimana penegasan Allah dalam sebelumnya iaitu ayat 30 surah An Nur di mana arahan ini diperintahkan terlebih dahulu kepada kaum lelaki yang beriman.


"Katakanlah kepada lelaki beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya…"


Panduan yang merangkumi perintah untuk lelaki dan wanita termasuklah:

Menjaga dan menundukkan pandangan.
Menjaga kemaluan.
Memakai pakaian menutup aurat.
Sementara perkara berikut dikhususkan untuk wanita sahaja di atas hikmah tertentu:

Melabuhkan tudung ke dada.
Tidak mempamerkan perhiasan kecuali yang biasa nampak.
Tidak menghentakkan kaki untuk menunjukkan perhiasan yang tersembunyi.
Tidak bertabarruj atau bersolek termasuk memakai wangian di luar rumah.
Jelas di sini tiada diskriminasi jantina dalam Islam. Yang ada hanyalah peraturan tertentu sesuai dengan perbezaan kejadian lelaki dan wanita. dasar kesamarataan antara insan lelaki dan wanita dalam Islam termaktub jelas dalam Al Quran, antaranya dalam surah Al Hujurat ayat 13 yang bermaksud:


"Wahai Manusia! Sungguh Kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah yang paling bertaqwa"


Sementara hakikat perbezaan kejadian dan tindakan lelaki dan wanita dinyatakan Allah di dalam Al Quran dalam surah Al Lail ayat 3 dan 4 yang bermaksud:


"Dan demi makhluk ciptaanNya lelaki dan perempuan. Sesungguhnya amal usaha kamu itu berbeza-beza"


Hijab dan Sains


Semenjak dahulu lagi hijab dikenakan dalam syariat Kristian dan lain-lain syariat. Namun walaupun penafian terhadap hijab ini amat hebat ia tetap menepati ciri fitrah manusia yang semulajadi membantu dalam gejala sosial, akhlak dan kesihatan.


Kesihatan? Ya, hijab punya nilai tambah dalam soal kesihatan badan. Ini dilaporkan dalam artikel The Science Behind The Veil di Islam di laman Online.net tulisan Karima Burns yang mengatakan:


Ujian menunjukkan 40-60 % daripada tahap kepanasan badan seseorang hilang melalui kepala jesteru menutupnya terutama di musim sejuk dapat mengawal suhu badan seseorang berbanding mereka yang lain. Menutup kepala juga bermanfaat bagi kesihatan dimusim panas. Pakar otak, V.G Rocine mengatakan fosforus otak akan mencair pada suhu 108° Fahrenheit. Keadaan ini boleh berlaku apabila seseorang terdedah kepada panas terik tanpa menutup kepala. Pencairan fosforus boleh menyebabkan fungsi otak menurun dan akan memberi beberapa kesan negatif kepada otak.


Artikel Highest Phosphorus Foods di Canadian Neuro-Optic Research Institute Online juga menyatakan bahawa :


Sekiranya suhu badan seseorang mencecah lebih daripada 105° Fahrenheit ia amat berbahaya kerana fosforus otak akan cair dan menjejaskan kesihatan otak. Jesteru kepala hendaklah ditutup dalam keadaan cuaca panas.


Ya melihatkan fesyen pada baju kini kebanyakannya ditambahkan sekali penutup kepala contohnya baju sejuk tebal yang berfungsi mengawal suhu badan dan mengelak kehilangan haba badan serta kelupasan kulit. Ini adalah sebenarnya melihatkan faktor cuaca. Namun Muslim bukan memakai sesuatu pakaian disebabkan faktor cuaca tetapi adalah perintah Allah yang menuntut Muslim itu menutup auratnya.


Penutup


Pemakaian tudung adalah suatu kewajiban syarak. Ia bukanlah isu pilihan peribadi dan mengenai hak asasi. Tanggapan bahawa adalah salah menghukum seseorang kerana ia tidak memakai tudung merupakan suatu tanggapan yang terpesong.


Tudung juga tidak boleh dianggap sebagai adat budaya orang Melayu sahaja dalam konteks Malaysia ini. Orang Melayu dulu, memakainya kerana agama Islam yang mereka anuti. Bagi umat Islam di Malaysia, pendidikan mengenai tudung, hakikat syaraknya dan cara pemakaiannya yang betul hendaklah diperbetul dan diperhebatkan. Ini adalah perlu sebab ramai antara kaum Muslimin dan Muslimat di Malaysia tidak difahamkan dengan jelas, samada oleh individu di sekelilingnya, masyarakat, keluarga mahupun pemerintah tentang kewajiban mengenakan tudung dan pakaian menutup aurat yang sah di sisi syarak. Dengan pemahaman ini, masyarakat akan lebih peka mengenai aturan syarak dalam penutupan aurat. Seterusnya, ini akan menimbulkan kepekaan yang amat tinggi dalam masyarakat, tegur-menegur atas kebaikan, khususnya dalam isu pemakaian tudung dan pakaian menutup aurat yang betul akan berleluasa dan rahmat Islam akan menyelubungi seluruh umat.


Di samping pendidikan dan teguran, hukuman takzir juga boleh dilaksanakan oelh negara Islam yang berdaulat kepada sesiapa yang tidak melaksanakan pemakaian tudung dan pakaian Islam yang sah di sisi syarak. Ini pernah dilakukan oleh Sultan Abdul Hamid II, Khalifah Uthmaniyyah Turki, dengan mengeluarkan pekeliling mendenda wanita yang tidak memakai tudung.


Akhirnya, perintah menutup aurat dan berhijab ini hanyalah sebahagian kecil daripada banyak sistem dan cara hidup Islam yang telah ditinggalkan dan diambil ringan. Sistem hijab mestilah dijalankan seiring dengan sistem kehidupan Islam yang lain merangkumi sistem pemerintahan, ekonomi, perundangan, penghukuman, pendidikan dan sosial. Dengan ini barulah kesejahteraan umat yang sebenarnya yang dijanjikan Islam dapat direalisasikan. Ini memerlukan kerjasama yang bersungguh-sungguh daripada semua pihak untuk melaksanakannya.

Subhanallah, anak ini hafal Al qur'an,tanpa diajar

Sharifuddin Khalifa boleh dikatakan anak ajaib. Anak yang lahir di Tanzania, Afrika Timur pada Disember 1993 itu berasal dari keluarga Katholik. Namun, pada usia 1.5 tahun, Khalifa sudah hafal 30 juz Alquran dan sembahyang lima kali sehari.

Subhanallah, dia mampu menghafal Al-Qur'an tanpa ada orang yang mengajarnya. Awalnya, kedua orangtua Khalifa menyangka anaknya dikuasai setan. Namun, jirannya yang Muslim memahami apa yang diucapkan anak ajaib itu. Akhirnya, kedua orangtuanya menyedari bahawa anak lelakinya adalah tanda kebesaran Allah. Kedua orangtuanya pun memeluk Islam.

Meskipun berbahasa ibu Swahili, Khalifa mampu berbicara dan berpidato dalam bahasa Arab, Inggeris, francis, dan Itali tanpa belajar. Pada usia empat hingga lima tahun, dia sudah mengelilingi Afrika dan Eropah untuk berceramah dan mengajar.

Berkat dakwahnya, ribuan orang memeluk Islam. Di Kenya, Afrika sebanyak 1000 orang berduyun-duyun bersyahadat setelah mendengar ceramahnya.

Cara Mudah & Murah Banteras Nyamuk


Nyamuk cukup mengganggu dan sangat berbahaya sebagai penyebar pelbagai penyakit mematikan. Cairan pembunuh serangga di pasaran kurang efisien bahkan membawa dampak sampingan yang serius.

Berikut adalah cara *mudah* dan *murah* yang bisa dicoba. Cocok untuk segala kondisi pemukiman, sekolah, rumah sakit, dan lain-lain. Sangat *kreatif* bila dikenalkan pada para siswa sekolah untuk dicoba di sekolah dan di rumah masing-masing.

Yang diperlukan :
200 ml air
50 gram gula merah
1 gram ragi (beli di toko makanan kesehatan, warung, atau pasar)
botol plastik 1.5 liter

Langkah-langkah pembuatan

1. Potong botol plastik di tengah. Simpan bahagian atas/mulut botol.


2. Campur gula merah dengan air panas. Biarkan hingga dingin dan kemudian tuangkan di separuh bahagian potongan bawah botol.


3. Tambahkan ragi. Tidak perlu diaduk. Ini akan menghasilkan karbon dioksida.


4. Pasang/masukkan potongan botol bahagian atas dengan posisi terbalik seperti corong.


5. Bungkus botol dengan sesuatu yang hitam, kecuali bahagian atas, dan diletakkan di beberapa sudut rumah anda.


6. Dalam masa dua minggu, anda akan melihat jumlah nyamuk yang mati di dalam botol.


Selain membersihkan habitat mereka, tempat berkembang biak nyamuk, metode ini sangat berguna di sekolah-sekolah, rumah sakit dan di rumah. Sebarkan kepada anak, teman, dan kerabat anda agar nyamuk bisa dibanteras.